Tahu Tak Mike Tyson Pernah Bela Harimau?

Sembang, ZAP, ZeKool

Sebut nama Mike Tyson, pasti semua tahu. Ya ada yang kenal Mike Tyson sebagai pelakon, Mike Tyson sebagai juara peninju yang dikenali ramai dan mungkin ada yang kenal Mike Tyson sebagai lelaki yang mempunyai tattoo di muka. Tapi pasti ramai yang tahu Mike Tyson dikenali di serata dunia sebagai ‘boxing champ’ yang menjalani kehidupan yang serba mewah. Kemewahan yang dimiliki Mike Tyson antaranya dibelanjakan dengan membela haiwan-haiwan eksotik.

Bekas ahli peninju tersebut dikatakan membelanjakan sebanyak $70,000 harimau Bengal belaan beliau, Mike Tyson juga dikatakan turun membelanjakan lebih banyak wang untuk perbelanjaan makanan harimau tersebut.

Makanan untuk harimau belaan Mike Tyson ini diketahui memerlukan perbelanjaan sebanyak $200,000 setahun. Menurut sumber TheRichest.com, ‘kucing besar’ belaan Mike Tyson menghadam makanan rata-rata 40 paun sehari. Mike Tyson juga turut membayar sebanyak $125,000 setahun kepada jurulatih harimau yang bertauliah untuk melatih harimau yang diberi nama panggilan sebagai Kenya.

“Saya pernah membela harimau, namanya Kenya dan dia mempunyai berat sekitar 550 paun.” kata bekas ahli peninju terkenal, Mike Tyson. Namun bermacam-macam spekulasi yang diterima mengenai kenapa haiwan eksotik belaan Mike Tyson dilepaskan. Ada laporan yang mengatakan ianya kerana masalah kewangaan Mike Tyson. Dalam sebuah interview bersama GQ Sports, Mike Tyson mendedahkan bahawa Kenya mengalami masalah kesihatan disebabkan usia Kenya dan Kenya pula pernah membaham lengan seseorang.

Atas dorongan seorang penjual kereta yang dikenali, ketika Mike Tyson berada didalam penjara. Penjual kereta tersebut memberitahu bagaimana beliau akan menjual koleksi kereta dan mengantikannya dengan seekor kuda. Dari situ tercetus minat Mike Tyson untuk membela harimau. “Saya masih lagi muda ketika itu. Saya berkata kepada diri saya sendiri, itu akan menjadi sangat cool jika saya ada harimau belaan. Saya mahu anak harimau.” Kata pelakon yang pernah membintangi filem The Hangover. Antara sebab yang kenapa Mike Tyson ingin membela haiwan eksotik adalah kerana beliau mahukan kehidupan mewah seperti Paoblo Escobar.

Selepas membela haiwan tersebut selama 16 tahun, akhirnya Mike Tyson mendakwa beliau terpaksa melepaskan harimau putih yang diberi nama Kenya daripada jagaannya dan salah satu sebab kenapa Mike Tyson terpaksa let go harimau kesayangannya adalah kerana Kenya telah mengigit tangan seseorang.

Mike Tyson merupakan peninju yang digeruni ramai, maka tidak hairanlah beliau mempunyai keinginan untuk membela haiwan yang juga digeruni. Bergerak aktif digelanggang selama 20 tahun dan bersara pada tahun 2005, Mike Tyson tampil dalam beberapa projek ternama antaranya muncul sebagai pelakon dalam filem The Hangover pada tahun 2009, The Hangover II pada tahun 2011, China Salesman pada tahun 2017. Selain mempunyai ladang cannabis, Mike Tyson juga mempunyai siri podcast beliau berjudul Hotboxin With Mike Tyson yang menampilkan selebriti dan atlet ternama dalam setiap episod.

“Saya mempunyai kasih sayang yang besar untuknya; Saya membelanya, saya tidur dengannya, saya membelanya di dalam bilik saya.Dia tinggal bersama saya selama 16 tahun”. Selain meminati burung merpati, bekas ahli peninju tersebut dikatakan memiliki 3 ekor harimau berbaka Royal Bengal. 2 harimau betina dengan nama Kenya dan Storm dan seekor harimau jantan bernama Boris.

Harimau belaan Mike Tyson tersebut juga pernah ditampilkan didalam filem pertama siri The Hangover yang dikeluarkan pada tahun 2009. Harimau-harimau belaan Mike Tyson juga dikhabarkan memerlukan perbelanjaan sebanyak $4,000 sebulan, namun Mike Tyson dikatakan tidak mempunyai lesen peliharaan yang sah untuk memiliki harimau-harimau tersebut.

KATALAKI: Bilalah boleh jadi kaya sampai boleh beli harimau eaaa….

Last modified: 11 February 2020