Tajuk Filem Popular Yang Pernah Diubah Menjadi Nama Yang Pelik

Sembang

Selain daripada barisan pelakon yang ternama, tajuk sebuah filem sebenarnya memainkan peranan penting untuk memberi impak daripada segi promosi dan jualan terutama sekali bagi filem-filem yang bukan daripada siri filem ternama contohnya Marvel Cinematic Universe (MCU), Star Wars, Fast & Furious, Harry Potter dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, ada sesetengah filem antarabangsa yang terpaksa ditukar tajuk asal kepada tajuk yang baru atas sebab-sebab tertentu antaranya menjaga sensitiviti rakyat negara tersebut, mendekatkan lagi filem tersebut dengan bahasa, adat dan budaya di sesebuah negara dan macam-macam lagi. Kat Malaysia pun pernah gak berlaku. Pada tahun 2004, filem Hellboy yang ditayangkan kat Malaysia menggunakan nama Super Sapiens.

Ada banyak lagi sebenarnya tajuk filem yang pernah ditukar oleh sesebuah negara yang mungkin korang belum tahu. Ini antara senarai tajuk filem-filem yang pernah ditukar apabila ditayangkan di sesebuah negara.

Interplanetary Unusual Attacking Team

Image Via : imdb.com

Pada tahun 2014, Marvel mengeluarkan poster istimewa untuk tayangan filem Guardians of the Galaxy di China. Apabila diterjemahkan menjadi Interplanetary Unusual Attacking Team.

Mom, I Missed the Plane

Image Via : lostintheusa.fr

Filem yang mencetuskan fenomena pada tahun 90an iaitu Home Alone menggunakan tajuk Maman, J’ai Raté L’avion untuk tayangan di Perancis. Apabila diterjemahkan bermaksud Mom, I Missed the Plane.

Electronic Murderer

Filem lakonan Arnold Schwarzenegger yang ditayangkan pada tahun 1984, The Terminator menggunakan nama lain apabila ditayangkan di Poland iaitu Elektroniczny Morderca yang bermaksud Electronic Murderer.

Very Bad Trip

Image Via : programme-tv.net

Selain daripada filem Joker yang baru-baru ni berjaya mengangkat hasil karya pengarah Todd Phillips, filem The Hangover merupakan antara filem terbaik yang pernah diarahkan oleh Todd Phillips, ditayangkan pada tahun 2009 diikuti The Hangover Part II pada tahun 2011 dan The Hangover Part III pada tahun 2013. Tayangan filem The Hangover di Perancis menggunakan nama lain iaitu Very Bad Trip.

KATALAKI: Kalau korang ingat lagi, filem Daredevil lakonan Ben Affleck pada tahun 2003 tak boleh tayang langsung kat Malaysia.

Last modified: 26 October 2019