Tak Cukup 3 Meter, Umur 100 Tahun Baru Boleh Beli Rokok!

Sembang

Kalau kat Malaysia, 3 meter dah jadi satu masalah besar untuk perokok-perokok tegar, Hawaii pula sekarang ni dalam usaha untuk menaikkan lagi had umur untuk membeli rokok. Buat masa ni, undang-undang kat Hawaii menetapkan umur minimum 21 tahun yang dibenarkan untuk membeli rokok.

Hawaii yang akan melaksanakan undang-undang untuk mengharamkan rokok menjelang tahun 2024, akan menaikkan lagi had umur membeli rokok kepada 30 tahun pada 2020, 40 tahun pada 2021, 50 tahun pada 2022, 60 tahun pada 2023 dan 100 tahun pada 2024. Tapi, penggunaan cigar, e-cigarette dan chewing tobacco tidak termasuk dalam undang-undang ni.

Pada tahun 2016, Hawaii juga antara negeri pertama di Amerika Syarikat yang menetapkan umur minimum 21 tahun untuk membeli rokok. Korang pernah ke jejakkan kaki kat Hawaii? Kalau korang tak pernah tengok macam mana rupa Hawaii, jom kita usha jap gambar kat bawah ni.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hawaii (@gohawaii) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hawaii (@gohawaii) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hawaii (@visit.hawaii) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hawaii News Now (@hawaiinewsnow) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ༻ HAWAII ༺ 🇭🇦 🇼🇦 🇮🇮 (@hawaiitag) on

 

Kalau yang dah berazam nak sihat tinggalkan gejala merokok ni, boleh la korang layan podcast “BroSis Sado”. Banyak ilmu tentang kesihatan boleh dapat dengar diorang ni, meh klik kat SINI.

KATALAKI: 3 meter is too mainstream brader.

Last modified: 12 February 2019