Tak Pernah Menang Tapi Power – Ini Cerita Pasal Fabio Quartararo

Aktif, Motorsports


Pada 25 Ogos 2019, perlumbaan ke-12 MotoGP untuk musim 2019 akan singgah di litar lumba Silverstone, United Kingdom. Buat masa ni, Marc Marquez masih lagi mendahului kedudukan mata yang dikumpul oleh pelumba-pelumba MotoGP.

Selain Marc Marquez, satu lagi nama yang menjadi perhatian dalam MotoGP untuk musim 2019 ni ialah Fabio Quartararo, pelumba untuk pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT). Tahun 2019 ni juga kali pertama Fabio Quartararo beraksi dalam kelas MotoGP.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fabio Quartararo πŸ‡«πŸ‡· (@fabioquartararo20) on

Walaupun tak pernah lagi menang perlumbaan MotoGP, pencapaian tertinggi yang berjaya dicatat oleh Fabio Quartararo ialah berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-2 di litar lumba Catalunya, Sepanyol pada 16 Jun 2019. Kejayaan Fabio Quartararo ni juga merupakan pencapaian terbaik pasukan Petronas Yamaha SRT untuk tahun pertama bersaing dalam MotoGP.

 

View this post on Instagram

 

First Motogp podium !!! P2 πŸ€ͺπŸ€™πŸΌ

A post shared by Fabio Quartararo πŸ‡«πŸ‡· (@fabioquartararo20) on

Sebelum dipilih sebagai pelumba untuk berlumba dengan pasukan Petronas Yamaha SRT dalam kelas MotoGP, Fabio Quartararo mula bersaing dalam kelas Moto3 selama dua musim pada tahun 2015 dan 2016.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fabio Quartararo πŸ‡«πŸ‡· (@fabioquartararo20) on

Berpindah ke kelas Moto2 pada tahun 2017, prestasi Fabio Quartararo merudum semasa tahun pertama berlumba dengan jentera Moto2 disebabkan kecederaan yang dialami selepas terjatuh di dalam litar. Musim kedua bersaing dalam kelas Moto2, Fabio Quartararo bangkit daripada musim sebelumnya dan berjaya menjadi juara dalam perlumbaan Moto2 di litar lumba Catalunya pada tahun 2018.

 

View this post on Instagram

 

Yesssssss !!!! P1 πŸ†πŸ₯‡

A post shared by Fabio Quartararo πŸ‡«πŸ‡· (@fabioquartararo20) on

Tahun 2019 ni juga, Fabio Quartararo berjaya mencatat rekod baru iaitu pelumba paling muda yang pernah memulakan perlumbaan di petak yang pertama di usia 20 tahun 14 hari, memadam rekod yang dicipta oleh Marc Marquez sebelum ni ketika berumur 20 tahun 62 hari.

Setakat artikel ni disiarkan pada 22 Ogos 2019, Fabio Quartararo dah berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-2 sebanyak 1 kali dan tempat ke-3 sebanyak 2 kali.

Fabio Quartararo lahir pada 20 April 1999 dan berasal dari Perancis, mula terlibat dunia permotoran sejak berumur 4 tahun. Fabio Quartararo berpindah ke Sepanyol di usia muda untuk memantapkan lagi skil berlumba dan mengejar impian sebagai pelumba motosikal ternama dunia. Fabio Quartararo juga merupakan juara untuk FIM CEV Repsol Moto3 selama dua musim berturut-turut pada tahun 2013 dan 2014.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fabio Quartararo πŸ‡«πŸ‡· (@fabioquartararo20) on

KATALAKI: Fabio Quartararo sekarang ni tengah direbut oleh banyak pasukan MotoGP yang lain. Salah satu gossip yang tersebar ialah Fabio Quartararo bakal menggantikan tempat Valentino Rossi pada tahun 2021.


Last modified: 4 September 2019