Tak Sampai Setahun Dah Tutup Kedai?!

Game, Tech

Razer baru sahaja mengeluarkan kenyataan rasmi menyatakan yang Razer Game Store akan ditutup dalam bulan ini. Game store yang baru sahaja dibuka tidak sampai setahun ini dikatakan ditutup kerana Realignment Plan yang dibuat oleh syarikat Razer.

Melalui kenyataan rasmi mereka, Razer Game Store akan ditutup pada 28 Feb 2019 pada 0100hrs Pacific Time kerana rancangan pernyusunan semula yang dibuat oleh Razer. Didalam kenyataan itu juga menyatakan yang ia merupakan satu privilege bagi Razer dalam memberikan deals terbaik untuk digital game bagi pengguna-pengguna Razer Games Store.

Razer dikatakan akan tetap memberikan content terbaik daripada mereka dan akan cuba memperkenalkan game promotion melalui Razer Gold, salah satu virtual credit system yang direka oleh Razer.

Razer turut menyatakan yang mereka tetap akan deliver existing preorder game yang telah dibuat melalui Razer Game Store oleh pelanggan. Setiap game yang dibeli melalui Razer Game Store boleh dimainkan melalui platform lain seperti Steam, Origin ataupun Uplay.

Namun semua permainan video mesti di redeem sebelum Razer Game Store ditutup secara rasmi pada 28 Feb 2019. So kalau korang ada beli apa-apa game daripada Razer Game Store jangan lupa untuk redeem secepat mungkin ya!

Mereka juga menyatakan yang customer support masih akan active untuk existing customer namun tidak diberitahu sehingga bila. Razer discount codes juga akan jadi invalid jika tidak di redeem sebelum masanya. Bagi Gift Voucher pula, Razer memberitahu ia tetap akan valid walaupun Razer Game Store sudah ditutup asalkan ianya masih belum tamat tempoh.

Awal sangat Razer Game Store ini tutup kedai. Maybe sebab orang lebih suka dan lebih senang beli pc game daripada Steam. Razer kena pikir masak-masak untuk business plan dorang selepas ini.

KATALAKI: Itu baru Razer Game Store. Macam mana pulak nasib Epic Game Store. Adakah Epic pun akan tutup digital store dorang? Korang rasa-rasa apa sebab sebenar Razer tutup Razer Game Store ini?

Last modified: 18 February 2019