Tak Semua Yakuza Itu Jahat – Ini Benda Bagus Yang Yakuza Buat!

Sembang

Bila bercerita tentang Yakuza, sudah tentu ramai yang beranggapan yang dorang ini merupakan kongsi gelap yang selalu melakukan jenayah peras ugut, bunuh dan sebagainya. Namun sebenarnya banyak benda bagus yang telah dilakukan oleh Yakuza.

Sebelum bercerita tentang kebaikan yang dorang pernah lakukan, better aku share dengan korang siapa sebenarnya Yakuza dan macam mana kumpulan ini boleh tercipta.

SEJARAH

Yakuza ini sebenarnya tercipta daripada orang-orang buangan yang dipanggil sebagai Burakumin. Burakumin ini merupakan orang yang mempunyai kasta rendah dalam satu-satu kumpulan masyarakat. Kebanyakan daripada dorang pada dulunya bekerja sebagai executioners, butchers dan penggali kubur. Senang cerita dorang ini selalunya berkait rapat dengan kematian.

Disebabkan ini juga mereka dianggap “tidak bersih” dan tidak dibenarkan bergaul dengan masyarakat yang mempunyai kasta lebih tinggi. Pada abad ke-11, orang-orang Burakumin telah diusir oleh masyarakat dan ini membuatkan mereka terus dipinggirkan.

Tidak cukup dengan itu, satu undang-undang telah dicipta bagi menghalang anak-anak Burakumin ini untuk datang dan menuntut ilmu di sekolah. Orang Burakumin juga tidak dibenarkan bekerja. Tidak tahan diperlakukan seperti itu, anak-anak Burakumin mula mencari jalan supaya mereka tidak lagi ditindas.

Disebabkan mereka tidak dibenarkan bekerja, mereka mula melakukan jenayah seperti mencuri dan merompak kedai-kedai. Tidak lama selepas itu, muncul beberapa kumpulan yang melindungi kedai-kedai ini tapi harus dibayar dengan bayaran yang setimpal. Ahli kumpulan ini sebenarnya orang yang sama mencuri dan merompak kedai-kedai sebelum ini. Daripada situ terciptalah organisasi Yakuza!

Kegiatan ini bukan sahaja menguntungkan mereka malah mereka mula dihormati oleh masyarakat. Ketua kumpulan Yakuza ini juga menerima kepujian daripada kerajaan Jepun pada masa itu dan telah dibenarkan untuk membawa pedang kemana sahaja dorang pergi.

Bermula daripada situ, organisasi Yakuza mula tersusun. Setiap ahli dilarang untuk melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Ada yang mengatakan Yakuza ini bukan saja satu kumpulan kongsi gelap tapi lebih kepada satu keluarga besar, sama seperti kumpulan kongsi gelap Mafia.

KEBAIKAN YAKUZA?

Walaupun Yakuza terkenal dengan jenayah yang dorang lakukan tapi sebenarnya ada beberapa kebaikan yang dorang telah lakukan. Pada tahun 2011, Jepun telah dilanda tsunami dan gempa bumi yang sangat dahsyat. Masyarakat yang tinggal di daerah Tohoku paling terjejas kerana mereka tinggal berdekatan dengan pantai.

Apabila bantuan tiba, mereka tidak menyangka orang yang pertama sekali datang adalah orang-orang Yakuza. Lebih daripada 70 truck penuh dengan makanan, air dan selimut telah dibawa oleh ahli kumpulan Yakuza ini. Kumpulan Yakuza ini merupakan bantuan pertama yang tiba di daerah tersebut selepas itu barulah bantuan daripada kerajaan sampai.

Satu lagi kebaikan yang datang daripada Yakuza adalah kawasan yang dijaga oleh Yakuza biasanya lebih selamat berbanding tempat lain. Contohnya kawasan Kabukicho, Tokyo yang penuh dengan kelab malam dan pelbagai lagi tempat hiburan untuk orang dewasa. Biasanya dikawasan seperti ini mesti penuh dengan polis yang meronda namun tiada satu polis pun di Kabukicho.

Sebaliknya ahli Yakuza yang akan meronda kawasan ini bagi memastikan tiada masalah yang berlaku. Untuk rakyat Jepun pula, kena tahan dengan ahli Yakuza lebih menakutkan berbanding kena tahan dengan polis.

KATALAKI: Walaupun dorang ada buat kebaikan, tapi benda buruk yang dorang buat lagi banyak!

Last modified: 1 November 2019