Tak Ada Like Dan Views, Boleh Ke Influencers Hidup?

Sembang

Pada 18 Julai, Instagram secara rasminya mengumumkan dorang masih lagi tengah jalankan percubaan untuk tidak menunjukkan bilangan likes dan views untuk setiap posting di Instagram. Percubaan kali ni membabitkan 7 buah negara iaitu Australia, Brazil, Kanada, Ireland, Itali, Jepun dan New Zealand. Sebelum ni hanya pengguna yang berada di Kanada je yang terlibat.

Apa pendapat peribadi korang berkenaan dengan ujian yang Instagram tengah buat sekarang ni? Setuju atau tidak setuju? Instagram sendiri ada bagi penjelasan berkenaan ujian yang dorang tengah jalankan.

Pada pendapat kami, matlamat yang cuba dicapai oleh Instagram ni ada betulnya. Instagram merupakan satu platform untuk setiap manusia dengan selesanya mengekspresikan sesuatu di dunia digital. Tapi bila ramai yang semakin bersaing untuk dapatkan banyak likes dan views, ada sesetengah manusia yang mula rasa terpinggir dan semakin kurang keyakinan diri untuk menunjukkan kelebihan masing-masing yang tersendiri di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Instagram (@instagram) on

Tu belum lagi ada juga pengguna Instagram yang dibuli oleh kawan-kawan disebabkan gambar atau video yang dimuat naik kat Instagram tak mendapat likes dan views yang banyak. Tipu la kalau sekali pun korang tak pernah rasa was-was untuk post sesuatu di Instagram sebab takut tak dapat banyak likes dan views.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Instagram (@instagram) on

Mungkin juga akan timbul masalah untuk individu yang menjadikan Instagram sebagai satu-satunya punca pendapatan. Dah takde views dan dah takde likes untuk ditunjukkan kepada client. Tapi kalau individu tersebut menawarkan produk atau bakat yang memang bagus, rasanya tak perlu views dan likes pun boleh je lagi jadikan Instagram sebagai satu platform untuk lebih dekat dengan pengikut masing-masing termasuklah client.

Instagram sendiri masih lagi cuba memahami dan mengkaji mengenai perubahan yang dilakukan ni boleh memberi keselesaan dan kebaikan kepada setiap pengguna Instagram sama ada yang gunakan Instagram untuk tujuan bisnes atau pun pengguna Instagram yang suka berkongsi gambar dan video yang kreatif semata-mata. Ini antara komen dan respons netizen selepas pengumuman daripada Instagram.

KATALAKI: Selain daripada likes dan views, Instagram kena buat sesuatu yang lebih tegas gak pasal fake followers.

Last modified: 19 July 2019