Takde COVID-19 Dalam Football Manager 2020

Game, Tech

Bila baca tajuk artikel ni memang nampak macam tak logik, tapi kalau korang salah seorang daripada penggemar permainan video Football Manager, mesti korang tahu yang Football Manager selalu bawa masuk segala benda yang terjadi di dunia sebenar, yang berkaitan dengan bola sepak, termasuk lah isu Brexit, ke dalam permainan video Football Manager. Ini bertujuan untuk membolehkan pemain merasai pengalaman bertugas sebagai pengurus pasukan bola sepak dalam Football Manager yang sama dan real macam apa yang berlaku di dunia sebenar.

Sejak wabak COVID-19 mula menyerang dunia sehingga menyebabkan liga bola sepak di seluruh dunia ditangguhkan, ramai yang dah mula menganggap mungkin Football Manager akan mengeluarkan update terbaru dengan memasukkan impak COVID-19 ke dalam Football Manager 2020.

Persoalan ni dijawab sendiri oleh bos besar Sports Interactive dan pencipta Football Manager, Miles Jacobson di Twitter. Menurut Miles Jacobson, takkan ada update baru untuk Football Manager 2020 yang melibatkan penundaan liga bola sepak atau UEFA EURO. Football Manager 2020 bebas daripada wabak COVID-19.

Dalam keadaan kita masih lagi dinasihatkan untuk duduk di dalam rumah sekarang ni, kiranya ini lah waktu yang paling sesuai untuk peminat bola sepak menyerlahkan bakat dalam permainan video Football Manager 2020. Info penting untuk korang, Football Manager 2020 sekarang ni boleh dimainkan secara percuma, sehingga 25 Mac 2020. Boleh la try dulu mana tahu permainan video Football Manager 2020 kena dengan jiwa korang. Yang memang dah aktif main Football Manager sejak azali, teruskan bermain.

Asal-usul kemunculan Football Manager bermula pada tahun 1992 menggunakan nama Championship Manager. Selepas Sports Interactive dan Eidos Interactive tidak berjaya mencapai kata sepakat dan buat keputusan untuk berpisah daripada memasarkan produk terbaru Championship Manager, Sports Interactive bergabung dengan Sega untuk menghasilkan permainan video yang sama tapi menggunakan nama baru, Football Manager 2005 yang dipasarkan pada tahun 2004.

KATALAKI: Waktu sekarang ni, boleh main FIFA dan Football Manager bergilir-gilir.

Last modified: 21 March 2020