Tanam Pokok Dengan Enjin Carian Web ‘Ecosia’

Sembang, ZAP, ZeKool

Kali ni Thelaki akan kongsikan sesuatu yang bermanfaat untuk korang. Sebelum-sebelum ni perkongsian kami pun bermanfaat juga, cuma yang ini ia akan memberi manfaat kepada bumi kita. Dalam zaman moden yang serba canggih ni, korang dah boleh tanam pokok tanpa perlu mencari benih dan tanah. Sebelum ni usaha untuk menanam pokok tu hanya dilakukan oleh pihak berwajib atau organisasi tertentu sahaja, dan kalau kita nak tanam pun boleh tanam pokok mangga depan rumah je. Tapi lepas ni dengan adanya bantuan Internet, korang dah boleh tanam pokok di kawasan-kawasan lain juga. Ini bukan tipu-tipu tapi memang boleh dilakukan dan sedang diusahakan oleh sebuah syarikat web search engine yang bernama Ecosia.

45 CARIAN UNTUK SATU POKOK

Ecosia adalah sebuah enjin carian internet, sama seperti Google, Firefox dan juga Internet Explorer. Cuma apa yang membezakannya dengan enjin carian yang lain adalah program menanam pokok melalui enjin carian internet. Ecosia akan menyumbangkan sebahagian besar hasil yang diterima kepada organisasi yang menguruskan penanaman pokok di seluruh dunia. Cuba banyakkan korang tengah gunakan internet untuk membuat carian berkenaan kerja korang atau apa-apa sahaja, bila dah mencapai 45 carian menggunakan Ecosia, satu pokok akan ditanam. Thanks to you, bumi kita akan bertambah hijau hasil daripada penggunaan Ecosia. 

Dikatakan selepas membayar kos operasi dan pemasaran, Ecosia akan melaburkan hasil selebihnya dalam projek jangka panjang serta kepada organisasi yang menanam pokok. Menurut Ecosia, sejak dilancarkan pada tahun 2009, kini ia telah mencecah angka lebih satu juta pokok ditanam. Korang juga boleh tengok jumlah pokok yang berjaya disumbangkan oleh pengguna Ecosia secara real-time di enjin cariannya. Apa yang menarik lagi tentang Ecosia ni, tenaga elektrik untuk mengendalikan operasinya adalah dengan menggunakan hasil tenaga solar. Jadi secara operasi pun Ecosia ini tidak menambahkan lagi kerosakan kepada bumi. 

SEBAHAGIAN DARIPADA MICROSOFT SEARCH NETWORK

Ecosia yang bertapak di Berlin, Jerman, adalah sebahagian daripada Microsoft Search Network yang mana ia merangkumi Yahoo, AOL dan juga DuckDuckGo. Melalui rangkaian ini, ia membolehkan Ecosia untuk akses algoritma carian sama yang menjana Bing dan rangkaian pengiklanan Microsoft untuk mendapatkan peratusan daripada hasil iklan. Jadi Ecosia ini tidak hanya menggunakan server sendiri, tetapi server Microsoft juga yang bermaksud carian melalui Ecosia adalah luas. Tapi apa yang menjadi masalah, Microsoft masih belum lagi menggunakan 100 peratus clean energy untuk operasinya. Jadi sedikit janggal lah untuk Ecosia yang ingin berjuang untuk alam sekitar bersama Microsoft.

Lain pula dengan persaingnya iaitu Google yang lebih mesra alam sebab telah menggunakan 100 peratus clean energy (Walaupun ada laporan yang Google masih menggunakan sumber tenaga lain, tapi pelaburan terhadap clean energy juga dikatakan banyak). So secara kasarnya Google lebih eco-friendly daripada Ecosia. Walau bagaimanapun, Ecosia tetap dalam perancangan untuk ke arah penggunaan clean energy sebanyak 200 peratus. Tak cukup 100 peratus dia bagi lebih dari itu.

TETAP MENJADI SATU USAHA YANG BAIK

Kita ketepikan soal pengurusan syarikat, sebenarnya apa yang cuba dilakukan oleh Ecosia adalah sangat baik. Dengan kerjasama yang dijalankan bersama pelbagai organisasi penanaman pokok di serata tempat, ia bakal membuahkan hasil yang ‘hijau.’ Tambahan lagi, Ecosia bukan sekadar tanam pokok, tetapi mereka juga akan monitor proses penanaman itu daripada kecil sampai lah menjadi sebatang pokok yang besar. Misi utama Ecosia adalah untuk menghentikan climate change

KATALAKI: Sekarang ni tak susah pun nak tanam pokok. Sambil main internet pun dah boleh tanam pokok…

Last modified: 24 July 2020