Tapir Malaysia Perlukan Nama Daripada Korang

Sembang

Seekor bayi tapir jantan baru je selamat dilahirkan pada 15 November 2019 hari tu di Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun, Selangor. Menurut PERHILITAN Semenanjung Malaysia, bayi tapir tersebut selamat dilahirkan dalam keadaan sihat seberat 8 kilogram hasil persenyawaan seekor tapir betina bernama Bera dan seekor tapir jantan bernama Gadek.

Korang jangan keliru antara tapir dan tenuk. Nama saintifik untuk Tapir Malaysia atau juga dikenali sebagai Tenuk atau Cipan adalah Tapirus indicus, merupakan spesis tapir terbesar di dunia dan hanya boleh dijumpai di negara-negara Asia antaranya Malaysia, Thailand, Indonesia dan Myanmar.

Ada 4 jenis tapir yang masih lagi wujud di dunia sekarang ni antaranya Tapirus terrestris yang boleh dijumpai di negara Amerika Selatan, Tapirus bairdii di negara Amerika Tengah, Tapirus pinchaque di pergunungan negara Colombia, Ecuador dan Peru, dan Tapirus indicus.

Buat masa ni, PERHILITAN Semenanjung Malaysia belum lagi bagi nama kepada tapir yang baru dilahirkan. Kalau korang dah lama teringin nak bagi nama kat tapir, ini lah masa yang paling sesuai. Menurut PERHILITAN Semenanjung Malaysia, orang ramai boleh bagi idea nama untuk Tapir Malaysia yang masih lagi bayi ni melalui Facebook PERHILITAN Semenanjung Malaysia.

Tapir merupakan salah satu spesies haiwan yang semakin pupus di dunia disebabkan beberapa faktor antaranya habitat dimusnahkan untuk tujuan pembalakan dan pemodenan, diburu untuk dimakan dan dilanggar secara tidak sengaja apabila tapir cuba untuk melintas jalan raya.

Kami dah tengok sendiri nama-nama yang dihantarkan oleh orang ramai kat Facebook PERHILITAN Semenanjung Malaysia di bahagian comment, antara nama yang dilontarkan oleh orang ramai adalah Dusun, Dedeq, Beradek, Opet dan Baby Gan.

KATALAKI: Kalau korang nak kenal tapir tu adalah Tapir Malaysia senang je, bercorak hitam dan putih.

Last modified: 20 November 2019