Tarikh Baru Filem-Filem Marvel Selepas COVID-19

Sembang

Selepas berminggu-minggu hanya duduk di dalam rumah, korang ingat lagi tak macam mana perasaan tengok filem yang sedap kat dalam wayang? Atau korang dah terbiasa lebih selesa melepek tengok filem kat rumah?

Selepas wabak COVID-19 mula tersebar di seluruh dunia sehingga menyebabkan budaya social distancing terpaksa diamalkan oleh penduduk dunia, beberapa filem antarabangsa dan Malaysia yang sepatutnya ditayangkan pada bulan Mac, April dan Mei tahun 2020 terpaksa ditunda. Empayar siri filem paling popular buat masa ni, Marvel Cinematic Universe (MCU) antara yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19 memandangkan MCU memang menjaga dengan rapi timeline filem-filem Marvel yang ditayangkan.

Selepas filem Black Widow yang sepatutnya mula ditayangkan pada 1 Mei 2020 terpaksa ditunda, kini, tarikh tayangan baru untuk filem-filem Marvel Cinematic Universe sudah disusun semula oleh Disney yang juga mengambil kira tarikh tayangan baru untuk filem Mulan.

MULAN

Filem yang diinspirasikan daripada sebuah filem animasi yang pernah ditayangkan pada tahun 1998, Mulan akan kembali bersiap sedia untuk menemui penonton di pawagam seluruh dunia pada 24 Julai 2020. Niki Caro merupakan pengarah untuk filem Mulan.

BLACK WIDOW

Selepas Captain Marvel, Avengers: Endgame dan Spider-Man: Far From Home ditayangkan pada tahun 2019, peminat-peminat filem Marvel mesti kena tengok filem Black Widow dulu sebelum kita dapat tahu macam mana jalan cerita yang seterusnya untuk filem-filem MCU Phase Four.

Secara rasmi akan ditayangkan di Amerika Syarikat bermula 6 November 2020 dan ada kemungkinan akan memulakan tayangan di Malaysia pada 5 November 2020, Black Widow merupakan filem prequel yang berlaku di antara filem Captain America: Civil War yang ditayangkan pada tahun 2016 dan Avengers: Infinity War pada tahun 2018.

Kalau korang dah lupa macam mana ending filem Captain America: Civil War, selepas Captain America bergaduh dengan Iron Man sebab Captain America nak selamatkan kawan baiknya, Winter Soldier, Avengers berpecah dan bawa haluan masing-masing. Natasha Romanoff setia bersama Captain America, lari daripada diburu pihak kerajaan Amerika Syarikat. Jadi, bermula dari situlah jalan cerita filem Black Widow, penghubung kepada filem Avengers: Infinity War yang menyaksikan Avengers kembali bersatu.

Selepas pengumuman mengenai tarikh tayangan baru untuk filem Black Widow, filem-filem Marvel Cinematic Universe yang akan menyusul tak lama lagi juga terpaksa ditukarkan ke tarikh yang baru. Ini antara filem-filem MCU yang akan mula ditayangkan pada tarikh yang baru, selepas filem Black Widow.

The Eternals – 12 Februari 2021

Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings – 7 Mei 2021 

Doctor Strange in the Multiverse of Madness – 5 November 2021

Thor: Love and Thunder – 18 Februari 2022

Black Panther II – 6 Mei 2022

Untitled Captain Marvel Sequel – 8 Julai 2022

KATALAKI: Ada lagi ke semangat nak layan filem MCU lepas Iron Man & Captain America dah takde.

Last modified: 8 April 2020