Tarikh Bermulanya Musim Terbaru Liga Bola Sepak Eropah

Aktif, Bola

Dah puas pemain bola sepak bercuti sakan, tak lama lagi akan bermula lah musim terbaru liga bola sepak Eropah. Tapi setiap liga mempunyai tarikh permulaan liga yang berbeza. Bergantung kepada persatuan bola sepak negara masing-masing.

 

View this post on Instagram

 

Holiday uniform 🤪

A post shared by Mohamed Salah (@mosalah) on

Kali ni kami nak kongsikan jadual perlawanan minggu pertama untuk liga bola sepak ternama Eropah supaya lebih mudah untuk korang tahu bila akan bermulanya musim terbaru ni.

Premier League (England)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Premier League (@premierleague) on

Premier League musim 2019/20 ni kali pertama VAR akan digunakan dalam semua perlawanan. Manchester City merupakan juara bertahan selepas berjaya menjulang piala Premier League 2018/19. Ada 3 pasukan baru yang berjaya naik ke Premier League iaitu Norwich City, Sheffield United dan Aston Villa. Ini jadual perlawanan minggu pertama Premier League.

Image Via : premierleague.com

Kalau korang nak baca pasal 3 pasukan baru yang kembali memeriahkan pentas Premier League, boleh baca kat sini okeh.

La Liga (Sepanyol)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LaLiga (@laliga) on

Barcelona merupakan juara bertahan selepas berjaya menewaskan pasukan gergasi yang lain antaranya Real Madrid dan Atletico Madrid. 3 pasukan baru yang berjaya naik untuk bertanding dalam La Liga 2019/20 ialah Osasuna, Granada dan Mallorca.

Image Via : laliga.es

Tumpuan La Liga musim baru ni dah tentu sekali kepada Antoine Griezmann yang dah berpindah secara kontroversi dari Atletico Madrid ke Barcelona.

Ligue 1 (Perancis)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ligue 1 Conforama (@ligue1conforama) on

Ada dua je pasukan yang selalu mencuri tumpuan dalam Ligue 1 ni iaitu Paris Saint-Germain dan AS Monaco. Paris Saint-Germain merupakan juara bertahan selama dua musim berturut-turut sebelum ni.

Image Via : ligue1.com

Serie A (Itali)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lega Serie A (@seriea) on

Serie A semakin mendapat tumpuan orang ramai selepas Cristiano Ronaldo secara rasmi berpindah ke Juventus pada musim lepas. Musim terbaru ni ramai gak pemain ternama yang berjaya digoda oleh Juventus antaranya Aaron Ramsey, Matthijs de Ligt dan Adrien Rabiot. Juventus juga merupakan juara bertahan selama 8 musim berturut-turut sejak tahun 2012.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lega Serie A (@seriea) on

Masa artikel ni ditulis pada 22 Julai 2019, jadual perlawanan Serie A belum lagi keluar. Jadual perlawanan akan diumumkan secara rasmi pada 29 Julai 2019 nanti. Serie A musim terbaru ni dijangka akan bermula pada 24 Ogos 2019.

Bundesliga (Jerman)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bundesliga (@bundesliga_en) on

Liga yang lebih kurang macam Serie A sebab didominasi oleh satu pasukan je iaitu Bayern Munich. Selain daripada Bayern Munich ada gak pasukan ternama lain dalam Bundesliga antaranya Werder Bremen, Borussia Dortmund, RB Leipzig dan Wolfsburg.

Image Via : bundesliga.com

Tapi semua pasukan ni belum lagi mampu bersaing dengan Bayern Munich yang berjaya jadi juara bertahan selama 7 musim berturut-turut sejak tahun 2013.

KATALAKI: Korang dah ready ke nak bengkak mata tunggu game awal pagi.

Last modified: 22 July 2019