Tarikh Official Release Kingdom Hearts 3 Dah Confirm Bro!

Game, Tech

Akhirnya! setelah bertahun peminat-peminat series permainan video Kingdom Hearts menunggu tarikh official release untuk Kingdom Hearts 3, minggu ini kita telah pun dapat tahu official release date dia untuk Malaysia.

Bagi mereka yang menunggu game ni, korang dah boleh start simpan duit sebab Kingdom Hearts 3 bakal berada di pasaran Malaysia pada 29 January 2019!

Terdapat 3 edisi untuk game Kingdom Hearts 3 ini. Bawah ini adalah senarai harga bagi setiap edisi yang boleh korang pilih.

  • Blu-ray Disc Standard Edition : RM239
  • Digital Standard Edition : RM229
  • Deluxe Edition : RM349
  • Digital All-in-One Package : RM429

Untuk yang beli Deluxe Edition, Korang akan mendapat Collectible Pin Kingdom Hearts 3, Artbook, dan Steelbook Case selain game itu sendiri.

Untuk Digital AllinOne Package, korang akan mendapat game Kingdom Hearts HD 1.5 + 2.5 ReMIX, Kingdom Hearts HD 2.8 Final Chapter Prologue dan termasuk game Kingdom Hearts 3 itu sendiri. Banyak giler game free yang korang dapat kalau pilih Digital AllinOne Package ni!

Game Kingdom Hearts ni merupakan game actionrole playing yang dikeluarkan dihasilkan dan dikeluarkan oleh Square Enix untuk konsol PS4 dan juga Xbox One.

Bagi yang nak merasa demo game ini, korang boleh pergi ke Sunway Pyramid sebab sekarang dekat sana ade Play Everything Lounge oleh Sony yang mana korang boleh try demo untuk game ini.

Nak tahu lebih lanjut korang boleh baca dekat artikel aku dekat SINI.

KATALAKI: Try demo dia dulu bro, lepas tu baru buat pilihan nak beli or tak!

Last modified: 24 November 2018