Tarikh Perlawanan UEFA Nations League Final

Aktif, Bola

Bila habis je musim bola sepak Premier League 2018/19, melanguk la semua peminat bola sepak setiap hujung minggu. Nasib baik la final UEFA Champions League ada lagi. Tu pun berjanggut tunggu. Tapi ada lagi satu tournament yang korang boleh layan. Dah tentu sekali final UEFA Nations League. Kalau ada yang masih blur pasal UEFA Nations League, boleh baca kat sini.

Bila Tarikh Final UEFA Nations League Final?

Image Via : uefa.com

Sedar tak sedar, dah makin dekat dah perlawanan akhir UEFA Nations League. Tapi yang paling penting, final UEFA Nations League akan berlangsung selepas selesai perlawanan akhir UEFA Champions League antara Tottenham Hotspur dan Liverpool. Ramai gak player Spurs dan Liverpool yang akan terlibat dalam final UEFA Nations League nanti.

Image Via : uefa.com

Ada 4 pasukan yang terlibat dalam final UEFA Nations League antaranya Portugal, Switzerland, Belanda dan England. Bawah ni jadual perlawanan mengikut waktu Malaysia.

Separuh Akhir

Portugal VS Switzerland (6 Jun 2019, 2.45 pagi)

Belanda VS England (7 Jun 2019, 2.45 pagi)

Tempat Ketiga

9 Jun 2019, 10.00 malam

Akhir

10 Jun 2019, 2.45 pagi

KATALAKI: Semua perlawanan Separuh Akhir, Tempat Ketiga dan Akhir akan diadakan di Portugal.

Last modified: 24 May 2019