Tarikh Rasmi Football Manager 2020 Dipasarkan Dah Confirmed

Aktif, Bola

Akhirnya, peminat permainan video simulasi Football Manager dah boleh standby duit gaji dan laptop ataupun PC dengan keadaan yang sempurna untuk nantikan Football Manager 2020 yang akan mula dipasarkan pada 19 November 2019 nanti.

Sebelum ni, kami dah pernah ceritakan mengenai ciri-ciri terbaru yang akan ditampilkan dalam Football Manager 2020. Korang boleh baca kat sini.

Menurut ketua kepada Sports Interactive dan  pengarah Football Manager iaitu Miles Jacobson, kalau korang pre-order Football Manager 2020, korang akan berpeluang untuk main Football Manager 2020 lebih awal, 2 minggu sebelum Football Manager 2020 dipasarkan secara rasmi seluruh dunia.

Tahun ni gak buat pertama kalinya Football Manager 2020 boleh dimain menggunakan Google Stadia. Kalau korang tak tahu apa tu Google Stadia, boleh usha kat sini jap. Tapi, bila tarikh rasmi Football Manager 2020 boleh dimain menggunakan Google Stadia masih lagi belum diumumkan.

Kalau korang follow Football Manager 2020 kat Twitter, dorang dah ada belanja sikit-sikit screenshot mengenai Football Manager 2020. Yang dah tak sabar sangat nak tengok macam mana interface terbaru, boleh tengok kat bawah ni.

KATALAKI: Setakat ni kita masih lagi tak nampak macam mana rupa grafik gameplay dalam padang Football Manager yang baru ni. Selalunya setiap tahun semakin nampak real.

Last modified: 16 October 2019