Tarikh Rasmi Liga Malaysia Tahun 2020 Dah Confirmed!

Aktif, Bola

Selain daripada berita rasmi perpindahan pemain yang dinanti-nantikan oleh peminat bola sepak tempatan, tarikh bermulanya musim terbaru Liga Malaysia juga antara perkara yang sentiasa ditunggu-tunggu setiap tahun. Secara rasmi, diumumkan sendiri oleh pentadbiran Liga Malaysia iaitu Malaysian Football League (MFL), Liga Malaysia musim 2020 akan bermula pada 28 Februari 2020.

Ramai gak peminat bola sepak tempatan yang pelik dan tertanya-tanya kenapa musim 2020 bermula agak lambat berbanding musim 2019.

Menurut MFL, prosedur dan proses Economic Control Programme (ECP) menjadi faktor utama kenapa Liga Malaysia musim 2020 bermula lambat. ECP merupakan program yang dilaksanakan oleh MFL dalam Liga Malaysia bermula musim 2020 untuk menanggani masalah kewangan yang berlaku dalam setiap pasukan terutama sekali mengenai hutang dan tunggakan gaji pemain. Info penting untuk korang, jendela perpindahan pemain yang pertama untuk Liga Malaysia dibuka pada 16 Januari 2020 sehingga 15 Mac 2020.

PASUKAN LIGA SUPER 2020

Sebanyak 12 pasukan yang bersaing di Liga Super 2020 nanti antaranya juara bertahan, JDT, Pahang, Selangor, Kedah, Perak, Melaka United, Terengganu, PJ City, Felda United, Sabah, PDRM dan UiTM FC.

Korang perasan tak team mana satu yang berjaya melonjak ke Liga Super 2020 kali ni? Ada 3 pasukan baru yang bakal bersaing di Liga Super 2020 nanti iaitu Sabah, PDRM dan UiTM FC. Buat pertama kali dalam sejarah, UiTM FC berjaya layak untuk beraksi di Liga Super. Syabas untuk pemain-pemain UiTM FC!

PERLAWANAN PERTAMA LIGA SUPER 2020

Menurut MFL, perlawanan pertama Liga Super 2020 akan bermula dengan perlawanan Piala Sumbangsih yang menemukan juara Liga Super 2019, JDT dan juara Piala FA 2019, Kedah di Stadium Sultan Ibrahim Larkin pada 28 Februari 2020.

Setakat ni, JDT dah pernah menang Piala Sumbangsih sebanyak 4 kali selepas menewaskan pasukan Perak pada tahun 2019. Kedah dah pernah menang Piala Sumbangsih sebanyak 3 kali, kali terakhir menang pada tahun 2017 selepas menewaskan JDT menerusi penentuan sepakan penalti.

KATALAKI: Jadual penuh Liga Super 2020 belum lagi keluar. Harap-harap takde la pasukan yang dibatalkan penyertaan untuk bersaing dalam Liga Super 2020 sebab masalah hutang dan sebagainya.

Last modified: 18 December 2019