Tarzan Zaman Sekarang Dah Ada Instagram

Sembang

Kali pertama nama Tarzan diperkenalkan kepada seluruh dunia ialah pada tahun 1912 di dalam sebuah novel yang bertajuk Tarzan of the Apes, ditulis oleh Edgar Rice Burroughs.

Filem pertama yang dihasilkan berdasarkan watak Tarzan menggunakan tajuk yang sama seperti novel iaitu Tarzan of the Apes ditayangkan pada tahun 1918. Elmo Lincoln merupakan pelakon pertama yang pernah pegang watak Tarzan kat dalam filem.

Image Via : nola.com

Image Via : nola.com

Pelakon yang memegang watak Tarzan dalam filem yang paling baru bertajuk The Legend of Tarzan ialah Alexander Skarsgård, ditayangkan pada tahun 2016.

Image Via : towleroad.com

Korang jangan keliru lak filem Tarzan dengan filem George of the Jungle lakonan Brandon Fraser pada tahun 1997 tu. Walaupun guna konsep yang sama, tapi filem tu bukan berdasarkan watak Tarzan yang sebenar.

Image Via : microsoft.com

Yang terbaru, pemilik zoo di Amerika Syarikat, Myrtle Beach Safari iaitu Kody Antle menggunakan imej seakan-akan Tarzan untuk menunjukkan telatah dan cara hidup binatang liar di media sosial.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kody Antle (@kodyantle) on

Kody Antle juga berkawan rapat dengan dua ekor chimpanzee, dikenali sebagai Vali dan Surgiva yang bijak bergurau dan menerima arahan daripada Kody Antle. Siap bersungguh mandikan seekor anjing.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kody Antle (@kodyantle) on

Bukan chimpanzee je, dengan harimau pun Kody Antle buat macam kucing.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kody Antle (@kodyantle) on

Sorry la busy sikit, banyak kerja ni” – Chimpanzee

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kody Antle (@kodyantle) on

KATALAKI: Kat Instagram Kody Antle korang boleh tengok gak Kody Antle bergayut kat pokok dengan chimpanzee macam Tarzan.

Last modified: 14 August 2019