Team EPL Yang Berjaya Menang Di Stadium Keramat Real Madrid

Aktif, Bola

Santiago Bernabéu, sebuah stadium bola sepak terkenal di dunia yang dimiliki oleh Real Madrid, merupakan stadium rasmi untuk pasukan bola sepak Real Madrid, terletak di bandar Madrid, Sepanyol. Real Madrid dah mula guna Santiago Bernabéu sebagai stadium rasmi sejak Santiago Bernabéu siap dibina pada tahun 1947, boleh memuatkan lebih daripada 80,000 penonton.

Santiago Bernabéu juga pernah menjadi medan pertempuran untuk beberapa perlawanan akhir kejohanan UEFA, FIFA dan CONMEBOL. Stadium ni lah yang menjadi saksi kejayaan Inter Milan menjulang piala UEFA Champions League pada tahun 2010.

Santiago Bernabéu juga merupakan stadium kedua terbesar di Sepanyol. Belum lagi mampu menandingi stadium rasmi pasukan Barcelona, Camp Nou yang merupakan stadium paling besar di Sepanyol.

Dalam kejohanan UEFA Champions League, Real Madrid pernah bertemu dengan pasukan-pasukan dari England sebanyak 24 kali setakat ni yang terdiri daripada Liverpool, Manchester United, Tottenham Hotspur, Manchester City, Leeds United dan Arsenal

Dalam 24 perlawanan tu, Real Madrid hanya pernah kalah di Santiago Bernabéu sebanyak 3 kali sehingga kini. Yang pertama, Real Madrid kalah kepada Arsenal pada tahun 2006 di pusingan Round of 16. Arsenal menang dengan jaringan 0-1.

Seterusnya, Real Madrid sekali lagi berjaya ditundukkan oleh pasukan Premier League di stadium sendiri, kali ni giliran Liverpool pada tahun 2009, juga di pusingan Round of 16. Kalah dengan jaringan 0-1 gak.

Yang terbaru, Manchester City berjaya menewaskan Real Madrid di Santiago Bernabéu, juga di pusingan Round of 16, kalah dengan jaringan 1-2. Hanya Arsenal, Liverpool dan Manchester City je yang berjaya menjinakkan Real Madrid di kubu keramat Santiago Bernabéu setakat ni.

KATALAKI: Nama Santiago Bernabéu tu diambil daripada nama legenda dan bekas presiden Real Madrid yang ke-11, Santiago Bernabéu Yeste.

Last modified: 29 February 2020