Team Gaming Malaysia Pertama 70K Subscriber!

Game, Tech

Tak dinafikan scene gaming di Malaysia sekarang memang tengah meletup. Macam-macam event dan tournament esport yang dianjurkan dan kalau korang tengok dekat social media sekarang ramai online celebrity gaming yang muncul.

Tapi ada satu online gaming celebrity team yang boleh aku cakap sebagai legend sebab sebelum aku sendiri start buat contentcontent gaming, dorang dah ada dulu. NerdGamingMalaysia, sebuah team gaming youtuber yang tak asing lagi dalam scene gaming content di Malaysia.

PandaMerah (Kanan) dengan salah seorang team NGMY, Alif Malorka

Aku telah berpeluang untuk interview salah seorang wakil dari team NerdGamingMalaysia iaitu Shamin Aizat ataupun lebih femes dengan gelaran PandaMerah. Sempatlah juga aku tanya beberapa soalan-soalan pedas dekat bro PandaMerah kita ni.

Ketika ditanya macam mana boleh wujudnya team NerdGamingMalaysia ni, PandaMerah bagitahu yang benda ni wujud disebabkan dia nak main game suka-suka je dengan adik dia sambil-sambil mengajar adik dia Bahasa Inggeris. Mulanya dia dengan adik dia cuma guna nama NerdGaming sahaja.

Kemudian dorang cuba bermain game Minecraft yang cukup femes pada tahun 2012. Masa tengah main game ni, dorang mula jumpa kawan-kawan lain yang juga main game sama. Salah seorang daripada kawan dorang yang juga merupakan ahli NerdGamingMalaysia iaitu SemutHitam cadangkan untuk buat satu group gaming and buat content untuk Youtube.

Bermula dari situlah lahirnya team NerdGamingMalaysia. Ketika ditanya berapa ramai ahli dalam NerdGamingMalaysia pada first time terciptanya team ni, PandaMerah bagitahu masa tu boleh dikatakan lebih dari 15 orang. Tapi team official NerdGamingMalaysia sekarang cuma tinggal 12 orang ahli sahaja disebabkan ada ahli yang busy dengan kerja dan life dorang.

Walaupun dorang tidak tinggal berdekatan dan hanya berkenalan di internet pada mulanya, itu tidak menghalang dorang untuk buat content dan main game bersama. Selama 6 tahun team NerdGamingMalaysia ni tercipta, PandaMerah menganggap ahli-ahli yang lain seperti keluarga dia sendiri.

Bila cerita macam keluarga sendiri ni, kadang-kadang mesti tersilap cakap atau bertekak sesama ahli. PandaMerah bagitahu yang setakat gaduh-gaduh kecik tu perkara biasa tapi dorang akan cuba selesaikan benda-benda macam ni secepat mungkin.

Selain pencapaian sebagai sebuah team youtuber gaming Malaysia pertama yang cecah 70,000 subscriber, PandaMerah bagitahu yang dia juga bangga bila nama NerdGamingMalaysia mula dikenali ramai orang dan juga mula dikenali oleh brandbrand gaming besar di Malaysia.

Bila cerita tentang income daripada Youtube or sponsorship dari brandbrand gaming, PandaMerah bagitahu yang dorang akan bahagikan income tu sama rata dengan ahli lain dan bahagian kecil daripada income tu akan dimasukan dalam tabung NerdGamingMalaysia untuk digunakan pada masa hadapan.

Duit-duit ini lah yang dorang akan gunakan bila dorang kena buat content dekat outstation. So untuk income ni memang bukan isu yang besarlah untuk ahli-ahli NerdGamingMalaysia.

Bro PandaMerah pun ada bagi nasihat dekat peminat-peminat NerdGamingMalaysia yang tengah cuba-cuba nak jadi seorang content creator supaya focus dekat study dahulu bagi peminat dorang yang masih lagi belajar.

Dan masa start nak buat content, just have fun masa nak buat content. Bagi PandaMerah, orang akan mula tengok content or video yang kita buat bila dorang suka dengan personality kita. So korang just perlu jadi diri korang sendiri masa buat content.

Bagi korang yang belum pernah tengok content NerdGamingMalaysia, Korang boleh check out content dorang dekat Youtube and jangan lupa subscribed channel Youtube dorang kalau korang minat dengan content yang dorang buat.

KATALAKI: Aku setiap kali tengok content dorang memang tergelak habis. Content dorang memang lawak-lawak bro!

Last modified: 28 December 2018