Team Mana Yang Layak Ke Round Of 16?

Aktif, Bola

28 dan 29 November ni korang dah boleh standby dah alasan masuk office lambat sebab perlawanan UEFA Champions League kembali menemui peminat-peminat bola sepak eropah yang pastinya menjanjikan game yang baek-baek. Kat mana lagi kita boleh tengok Liverpool lawan PSG dan Juventus lawan Manchester United kan? Dekat UEFA Champions League la apa lagi!

Memandangkan perlawanan UEFA Champions League peringkat kumpulan ada baki lagi 2 perlawanan sebelum ke peringkat Round Of 16, kali ni kami Thelaki nak kaji dan tengok team mana yang ada potensi untuk layak ke peringkat seterusnya.

Group A

Sumber : uefa.com

Untuk Group A pada awalnya, ramai yang menjangkakan tiga kelab ternama, Atletico Madrid, Borussia Dortmund dan AS Monaco yang akan bersaing sehingga ke akhir perlawanan peringkat kumpulan. Tapi nampaknya AS Monaco hilang arah dalam gelanggang UEFA Champions League musim ni selepas hilang beberapa tonggak utama antaranya Bernardo Silva yang berpindah ke Manchester City dan Kylian Mbappe yang berpindah ke PSG.

Jangkaan kami sudah tentu Atletico Madrid dan Borussia Dortmund akan ke peringkat Round Of 16.

Group B

Sumber : uefa.com

Barcelona nampaknya mempunyai peluang yang cerah untuk layak ke peringkat seterusnya dengan perlawanan minggu ni yang agak mudah menentang PSV Eindhoven. Pasukan yang baru je memusnahkan record tanpa kalah Chelsea ahad lepas, Tottenham Hotspurs mungkin berhadapan dengan penyingkiran apabila hanya mengumpul 4 mata dalam 4 perlawanan. Dua perlawanan terakhir peringkat kumpulan untuk Tottenham Hotspurs ialah pertemuan dengan dua kelab elit Sepanyol dan Itali, Barcelona dan Inter Milan.

Rasanya mungkin Barcelona dan Inter Milan akan layak ke peringkat seterusnya memandangkan prestasi baik Inter Milan dalam Serie A.

Group C

Sumber : uefa.com

Tiga kelab ternama England, Itali dan Perancis pastinya akan cuba bermatian-matian untuk menang dua perlawanan terakhir ni disebabkan masing-masing mempunyai perbezaan mata yang tipis. Memandangkan Neymar dan Kylian Mbappe yang masih injured dan tak pasti dapat diturunkan atau tidak dalam perlawanan menentang Liverpool 29 November ni, boleh la kot Liverpool tapau PSG.

Agak susah untuk kami bagi tahu team mana yang boleh layak ke peringkat Round Of 16, tapi kalau tengok daripada segi prestasi dan saingan dalam liga masing-masing, Liverpool dan Napoli mungkin boleh layak.

Group D

Sumber : uefa.com

Untuk Group D, persaingan nampak lebih terbuka memandangkan takde team elit dalam group ni. FC Porto mungkin dengan selesanya boleh layak ke Round Of 16. Prestasi FC Shalke dalam Bundesliga pula agak teruk berbanding Galatasaray AS yang bersaing dalam liga Turki.

Kami rasakan mungkin Galatasaray AS yang akan teman FC Porto untuk ke peringkat seterusnya.

Group E

Sumber : uefa.com

Salah satu favourite team untuk menang UEFA Champions League musim ni, FC Bayern Munich tak pernah lagi kalah. Macam tu juga dengan AFC Ajax yang dibarisi dengan pemain-pemain muda yang berbakat, belum lagi pernah kalah dalam UEFA Champions League.

FC Bayern Munich dan AFC Ajax menjadi taruhan kami untuk layak ke peringkat Round Of 16 nanti.

Group F

Sumber : uefa.com

Pasukan yang seakan-akan ada badi dalam UEFA Champions League, Manchester City masih lagi belum membuktikan yang dorang bukan je gempak dalam Premier League. Musim lepas, Manchester City disingkirkan oleh Liverpool di peringkat separuh akhir. Korang rasa Manchester City boleh masuk final tak nanti?

Dua pasukan yang kami rasakan boleh layak ke peringkat seterusnya mungkin Manchester City dan Olympique Lyonnais.

Group G

Sumber : uefa.com

Untuk Group G ni kita tak yah pening-pening kepala rasanya nak fikir siapa yang boleh layak. AS Roma dan Real Madrid boleh layak dengan selesanya ke peringkat seterusnya. Tapi jangan Real Madrid buat hal macam dekat La Liga sudah. Kena lauk dengan team bawahan!

Group H

Sumber : uefa.com

Walaupun prestasi Manchester United di Premier League agak teruk, tapi rasanya skuad Jose Mourinho mesti berkobar-kobar nak buktikan yang dorang ni bukan team ayam di Eropah. Dua perlawanan terakhir peringkat kumpulan lepas ni Manchester United akan bertemu dengan Young Boys dan Valencia. Boleh rasanya tapau dua team tu.

Jangkaan kami untuk pasukan yang boleh layak ke Round Of 16 sudah pastinya Juventus dan mungkin ditemani Manchester United.

KATALAKI: Undian untuk Round Of 16 pada 17 Disember nanti. Standby!

Last modified: 26 November 2018