Team MotoGP Pertama Dari Malaysia

Aktif, Motorsports

Peminat sukan MotoGP mesti faham dan tegak bulu roma bila dapat tahu pasal ada team dari Malaysia yang akan bersaing dalam sukan permotoran dua tayar nombor satu di dunia, MotoGP. Bukan senang brader nak setup team MotoGP. Perlukan budget yang besar, nak kena rebut slot pasukan yang kosong dalam MotoGP, nak kena yakinkan sponsor lagi, nak cari rider yang sesuai dan macam-macam lah.

Tahniah dan terima kasih kepada Dato’ Razlan Razali sebab tak berhenti berusaha untuk realisasikan impian rakyat Malaysia untuk tengok team negara sendiri dalam MotoGP. Dato’ Razlan Razali siap share masa pelancaran motor baru PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team, 3 kali buat proposal baru lepas! Power Dato’!

28 Januari 2019, secara rasminya motor PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team ditunjukkan kepada orang ramai bersama pelumba-pelumba yang akan bersaing dalam MotoGP, Moto2 dan Moto3.

Untuk kelas MotoGP, PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team akan gunakan kehandalan Franco Morbidelli sebagai rider utama dan Fabio Quartararo sebagai rider kedua. Musim 2018 yang lepas, Franco Morbidelli berjaya kalahkan Hafizh Syahrin untuk anugerah MotoGP Rookie of the Year. Untuk info korang, Franco Morbidelli ni juga merupakan anak murid kepada Valentino Rossi dalam VR46 Riders Academy.

KATALAKI: Repsol Honda dah, Mission Winnow Ducati dah, Petronas Yamaha SRT dah, lepas ni team mana lak nak tunjuk motor baru. Acer cepat sikit.

Last modified: 1 February 2019