(Gambar Bocor) Teaser Terbaru GoPro HERO8

Gadget, Tech

Selepas DJI keluarkan action camera terbaru yang seakan-akan GoPro HERO dan GoPro HERO siap kena bahan sebab takde selfie screen iaitu DJI Osmo Action pada May 2019, GoPro nampaknya dah bersedia untuk tunjukkan GoPro HERO terbaru yang berkemungkinan GoPro HERO8 pada 1 Oktober 2019 nanti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GoPro (@gopro) on

Tak kisah sama ada korang geng DJI atau pun GoPro, tapi gambar-gambar bocor yang dikatakan gambar GoPro HERO terbaru yang akan dilancarkan nanti dah pun tersebar luas. Ini antara gambar GoPro HERO8 Black yang dah pun bocor di internet.

Image Via : winfuture.de

Image Via : winfuture.de

Image Via : winfuture.de

Selain daripada GoPro HERO 8 Black, ada lagi satu produk yang dikatakan bakal dilancarkan oleh GoPro pada 1 Oktober 2019 nanti iaitu GoPro MAX yang seakan-akan GoPro Fusion. Ini gambar yang bocor mengenai GoPro MAX.

Image Via : winfuture.de

Image Via : winfuture.de

Image Via : winfuture.de

Nampaknya GoPro MAX macam ada selfie screen je tu. Tapi gambar ni semua gambar bocor. Tak pasti la boleh percaya ke tak. Buat masa ni, takde lagi berita terperinci mengenai kelebihan software yang akan ada dalam produk GoPro terbaru nanti. Kita tunggu je la pada 1 Oktober 2019 nanti okeh!

KATALAKI: Kalau betul la GoPro HERO8 macam ni, macam takde beza je rupa bentuk dengan GoPro Hero yang sebelum ni. Mungkin bahagian software je la kot yang best

Last modified: 20 September 2019