#TechReview – Gaming Mouse dan RGB Mouse pad Bajet Untuk Bro Gamers!

Gadget, Tech

Baru-baru ini, Armaggeddon telah memperkenalkan gaming mouse dan mouse pad terbaru mereka. Gaming mouse yang diberi nama Armaggeddon Raven III ini sebenarnya merupakan upgrade daripada Raven III yang dikeluarkan sebelum ini. Untuk mouse pad yang diberi nama Armaggeddon Assault AS29 pula merupakan mouse pad pertama yang dikeluarkan oleh Armaggeddon yang mempunyai RGB light. Jum kita tengok mantap atau tidak combo gaming mouse dan mouse pad daripada Armaggeddon ini.

ARMAGGEDDON RAVEN III (2019)

Build quality untuk gaming mouse ini boleh dikatakan agak bagus. Ia juga tidak telalu berat dan tidak terlalu ringan. Senang cerita berat dia memang selesa untuk digunakan. Saiz dia juga tidak terlalu bulky seperti gaming mouse lain yang ada dipasaran. Raven III ini menggunakan plastik sebagai bahan binaannya.

Gaming Mouse Armaggeddon Raven III (2019) ini juga sesuai digunakan pada kedua-belah tangan jadi untuk bro yang kidal, korang still boleh gunakan gaming mouse ini. Terdapat lima macroable button pada gaming mouse ini yang mana korang boleh setting mengikut keselesaan korang. Pada DPI button mouse ini, korang boleh set kepada enam DPI setting yang telah disediakan. Korang boleh memilih daripada serendah 200 DPI sehinggalah ke 6400 DPI. Untuk versi sebelum ini, ia cuma mampu pergi sehingga 4800 DPI sahaja.

Untuk Armaggeddon Raven III (2019) ini, korang boleh memilih dari 5 profile yang telah disediakan. Korang boleh memilih antara Cfg 1, Cfg 2, Cfg 3, Media dan juga Game. Korang boleh tukar setting ini dengan menggunakan software yang disediakan. Software ini korang boleh download di SINI.

Pada Software ini juga, korang boleh mengubah pointer precision, wheel speed, report rate dan juga LED Setting yang mana korang boleh pilih RGB Light Effect yang sesuai. Untuk sebuah gaming mouse bajet, Armaggeddon Raven III memang sesuai untuk mereka yang baru nak berjinak-jinak menggunakan gaming mouse untuk bermain video games pada PC dan juga Laptop.

ARMAGGEDDON ASSAULT AS-29

Kalau dah ada gaming mouse yang mantap, kenalah ada gaming mouse pad yang padu juga betul tak? Sebab itu Armaggeddon Assault AS29 gaming mouse pad ini sesuai dengan korang. aku tak pasti sama ada Armaggeddon pernah keluarkan RGB Gaming Mouse Pad ataupun tidak tapi ini kali pertama aku review mouse pad macam ini dari Armaggeddon.

Di dalam kotak Armaggeddon Assault AS29 ini cuma terdapat RGB Mouse Pad dan juga micro USB cable sepanjang 1 meter. Terdapat dua versi yang korang boleh pilih. Untuk Armaggeddon Assault AS-29 cuma sesuai untuk gaming mouse tapi kalau korang yang yang lebih panjang, korang boleh dapatkan Armaggeddon Assault AS33. Kedua-duanya mempunyai feature yang sama cuma saiz saja yang berbeza dan mempunyai RGB light.

Pada bahagian atas gaming mouse pad ini diperbuat daripada fabrik dan pada bahagian bawahnya diperbuat daripada getah. Tak dilupakan Armaggeddon Assault AS29 ini mempunyai ketebalan 3mm. Daripada segi keselesaan, Armaggeddon Assault AS29 ini agak selesa untuk digunakan namun kalau aku diberi pilihan, aku akan memilih Armaggeddon Assault AS33 sebab lebih besar.

Bagi Armaggeddon Raven III (2019), ia dijual pada harga RM44.90 sahaja manakala Armaggeddon Assault AS-29 pula berharga RM29.90 sahaja. Kalau korang berminat untuk dapatkan Armaggeddon Raven III (2019) korang boleh klik di SINI & klik di SINI untuk dapatkan Armaggeddon Assault AS29!

KATALAKI: Combo Armaggeddon Raven III dengan Armaggeddon Assault AS29 memang ngam bro!

Last modified: 13 January 2020