#TechReview – Set Home Theater Untuk Rumah Bujang!

Gadget, Tech

Sonicgear baru-baru ini ada mengeluarkan satu soundbar yang didatangkan sekali dengan wireless subwoofer. Aku berpeluang untuk mencuba speaker terbaru ini dan apa yang aku boleh katakan, ini mungkin speaker system mampu milik yang terbaik. Speaker system ini diberi nama Sonicgear Sonicbar BT5500 AirBass.

Antara ciri unik yang terdapat pada Sonicgear Sonicbar BT5500 AirBass ini adalah ia mempunyai Digital Optical dan HDMI connection yang biasanya tidak terdapat pada soundbar bajet. Selain itu, Sonicgear Sonicbar BT5500 AirBass ini juga didatangkan dengan feature biasa kita lihat seperti Bluetooth 5.0, FM Radio dan MP3 Player. So macam mana pula dengan sound quality dia? Jom kita check out sama-sama!

SPESIFIKASI

Di dalam kotak Sonicgear Sonicbar BT5500 Airbass ini terdapat remote control, HDMI Cable, 3.5mm audio cable, power adapter dan juga beberapa screw. Sayangnya tidak ada user manual di dalam kotak so korang kena setup sendiri tanpa tengok manual! First sekali kita tengok dekat bahagian soundbar dia.

Build quality untuk soundbar ini boleh tahan kukuh juga. Body dia diperbuat daripada metal dan mempunyai fabric speaker grill dibahagian hadapan. 

Dibahagian kanan soundbar ini terdapat semua button yang korang perlukan kalau korang malas nak tekan dekat remote control. Antara button yang ada dekat soundbar ini adalah Power Button, Mode button, Volume Button, Play/Pair button dan juga Mute Button.

Dibahagian tepi belah kanan soundbar ini juga terdapat beberapa input yang korang perlukan. Ada Aux Port, USB Port, HDMI Port, Optical Port dan juga Power Port. Dengan adanya HDMI Port, ia memudahkan korang untuk sambungkan soundbar ini kepada TV korang dan korang juga boleh sangkut soundbar ini dekat dinding rumah korang juga!

Sekarang kita pergi pada subwoofer pula. Untuk subwoofer Sonicgear Sonicbar BT5500, ia diperbuat Medium-Density Fiberboard ataupun MDF untuk bahagian body dan plastic pada bahagian atas subwoofer. Berbeza dengan subwoofer yang ada dipasaran sekarang, korang tak perlu untuk sambungkan subwoofer dan soundbar dengan menggunakan audio cable sebab korang boleh sambungkan terus menggunakan bluetooth.

Subwoofer Sonicgear Sonicbar BT5500 ini mempunyai watt sebesar 35W dan juga bass driver sebesar 5.25 inci yang mana terletak dibahagian bawah subwoofer. Dekat bahagian bawah subwoofer ini juga terdapat satu led light berwarna biru bila korang turn on Sonicgear Sonicbar BT5500 ini.

AUDIO QUALITY

Dari segi performance, audio quality dia memang clean dan terbaik. Jarak bluetooth dia juga agak jauh yang mana boleh pergi sehingga tujuh meter. Dengan bluetooth 5.0, tiada masalah audio lagging antara video dan audio. Jadi korang bukan setakat boleh guna Sonicgear Sonicbar BT5500 ini untuk dengar lagu sahaja, tapi korang juga boleh gunakan semasa tengok video dan juga bermain video games dekat tv, laptop ataupun dekat smartphone korang!

Bagi aku, audio yang dihasilkan oleh Sonicgear Sonicbar BT5500 mempunyai sound quality yang berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Walaupun bass dia tidak terlalu deep kalau nak dibandingkan dengan subwoofer yang lebih besar dekat pasaran sekarang tapi untuk treble dia aku rasa cukup bagus.

Terdapat tiga Equalizer Mode yang korang boleh pilih iaitu Movie, TV dan juga Music. Kalau korang nak sound yang lebih clear, aku syorkan korang pilih Movie untuk Equalizer Mode dia. Dengan 65W total power, bunyi Sonicgear Sonicbar BT5500 ini sememangnya sangat-sangat kuat. Kalau setakat korang letak dekat ruang tamu ataupun dalam bilik tidur, aku berani jamin yang bunyi dia boleh buat bilik korang bergegar hahaha!

Korang boleh dapatkan Sonicgear Sonicbar BT5500 ini pada harga RM349.00 sahaja di Lazada. Korang bukan sahaja akan dapat Sonicgear Sonicbar BT5500 sahaja sebab korang juga akan dapat Sonicgear Earpump Sports Bluetooth Earset percuma! Kalau korang berminat korang boleh klik dekat SINI untuk beli Sonicgear Sonicbar BT5500 sekarang!

KATALAKI: Setakat nak layan Netflix memang sesuai ni bro!

Last modified: 17 December 2019