#TechReview: Setelah 10 Tahun, Nokia 2720 Kembali!

Gadget, Tech

Pada bulan September yang lepas, Nokia telah memperkenalkan Nokia 2720 Flip, phone entrylevel yang dikemaskini daripada phone terdahulu iaitu Nokia 2720 Fold yang mana telah diperkenalkan pada 10 tahun yang lepas iaitu pada tahun 2009.

Pihak HMD Global, global parent company untuk Nokia telah memberi peluang kepada aku dan team TheLaki untuk mencuba Nokia 2720 Flip ini dan apa yang aku boleh katakan setakat ini adalah Nokia 2720 Flip ini sememangnya phone entrylevel sebenar bagi mereka yang mahu hadkan penggunaan smartphone.

Nokia 2720 Flip ini didatangkan dalam dua warna iaitu warna kelabu dan hitam. Bahan yang digunakan untuk body Nokia 2720 Flip ini pula diperbuat daripada plastik. Satu benda yang aku tak berapa minat dengan body phone ini adalah pada bahagian belakang dia.

Disebabkan dorang letak glossy finishing, phone ini nampak macam phone mainan. Kalau dorang tak letak finishing macam ini, aku yakin phone ini akan nampak lebih cantik. Body belakang phone ini boleh dibuka dan di dalamnya terdapat battery, dual micro sim card tray dan juga MicroSD card tray.

Seperti Nokia 2720 Fold, Nokia 2720 Flip ini juga mempunyai dua display screen iaitu pada bahagian depan dan juga pada bahagian dalam. Display screen pada bahagian hadapan adalah sebesar 1.3 inci manakala untuk screen dibahagian dalam pula adalah sebesar 2.8 inci.

Dekat bahagian dalam dia juga terdapat keypad yang besar bagi memudahkan korang menulis message. Teringat aku zaman dulu kita still boleh menulis message tanpa tengok screen sebab kita dah hafal setiap placement huruf dekat keypad dia.

Pada bahagian bawah Nokia 2720 Flip ini terdapat Micro USB Port untuk charging. Dibahagian kanan pula terdapat volume rocker manakala dibahagian kiri pula terdapat headphone jack dan Google Assistant button

Walaupun Nokia 2720 Flip ini nampak basic, ia tetap mempunyai beberapa aplikasi yang dah pre-installed didalamnya seperti Whatsapp, Google Maps, Facebook, Youtube dan juga Twitter. Dorang juga meletakan update version bagi permainan video classic Snake

Nokia 2720 Flip ini dilengkapi dengan Qualcomm MSM8950 Snapdragon 205 manakala bagi operating system pula ia menggunakan KaiOS. Battery yang diletakan pada Nokia 2720 Flip ini adalah sebesar 1,500mAh.

Phone ini cuma mempunyai satu camera sahaja iaitu dibahagian belakang. Satu benda yang aku tak suka camera Nokia 2720 Flip ini adalah placement dia. Ia terletak betul-betul dibahagian atas jadi bila aku nak gunakan camera, jari aku sentiasa akan menutup camera phone ini. Camera yang diletak pada Nokia 2720 Flip ini adalah sebesar 2 Megapixel. Ini adalah hasil gambar yang aku tangkap menggunakan Nokia 2720 Flip.

Bagi korang yang tengah mencari satu phone yang simple ataupun satu backup phone, Nokia 2720 Flip ini aku rasa sangat sesuai dengan korang. Sepanjang aku guna phone ini, ramai jugalah orang yang tegur and semua bercerita macam mana simple-nya hidup bila kita pakai phone macam ini pada 12-15 tahun yang lepas.

Nokia 2720 Flip ini dah pun boleh didapati di Official store Nokia pada harga RM359.00 sahaja. Bagi korang yang berminat, korang boleh klik di link yang yang aku dah sediakan dekat SINI.

NOKIA 2720 FLIP SPEC

  • 2.8 inci Screen (inside)
  • 1.3 inci Screen (outside)
  • KaiOS
  • Qualcomm MSM8905 Snapdragon 205
  • 2 Megapixel Camera
  • 1,500mAh Battery

KATALAKI: Setiap kali korang flip phone ni, mesti orang akan usha punya!

Last modified: 9 November 2019