#TechReview: Smartphone 5 Camera & Battery Sebesar 5,000mAh!

Gadget, Tech

Pada bulan September yang lepas, pihak OPPO telah memperkenalkan OPPO A9 2020, mid-range smartphone terbaru untuk A series milik mereka. Antara selling point untuk smartphone ini adalah ia mempunyai 5 biji camera, 4 untuk camera belakang manakala 1 untuk camera hadapan. Kali ini aku berpeluang untuk mencuba sendiri OPPO A9 2020 ini dan melihat sama ada smartphone OPPO A9 2020 ini berbaloi atau tidak untuk dibeli.

Untuk OPPO A9 2020 ini, ia menggunakan glass untuk rekaan body belakangnya. Aku kurang berminat dengan smartphone yang gunakan glass sebab cap jari yang melekat dekat belakang dia nanti akan buatkan smartphone ini nampak sangat buruk.

Pada body belakang OPPO A9 2020 ini terdapat effect colour gradient yang bagi aku membuatkan smartphone ini nampak mahal. Warna yang ada pada aku sekarang ini dipanggil sebagai Space PurpleOPPO A9 2020 ini mempunyai screen sebesar 6.5 inci dan mempunyai screen-to-body ratio sebesar 89%. Tak dilupakan smartphone ini juga menggunakan Corning Gorilla Glass 3+.

Pada bahagian kanan smartphone ini terdapat power button manakala dibahagian kiri pula kita ada volume rocker dan juga sim card tray. Dibahagian bawah OPPO A9 2020 ini pula terdapat speaker, USB Type-C Port dan juga 3.5mm audio jack.

Untuk spec dalaman, OPPO A9 2020 ini menggunakan Qualcomm Snapdragon 655. Kalau nak dibandingkan dengan OPPO A7 yang dorang keluarkan sebelum ini, OPPO A9 2020 ini 40% lebih mantap. Untuk bahagian RAM dan Storage pula, smartphone ini dilengkapi dengan 8GB RAM dan juga 128GB Storage. Andai kata korang rasa storage yang disediakan macam tak mencukupi, korang boleh expand storage dia menggunakan MicroSD card sehingga 256GB.

Untuk bahagian operation system pula, OPPO A9 2020 ini menggunakan ColorOS 6 yang berpandukan Android 9. Tak dilupakan smartphone ini mempunyai battery yang besar iaitu sebesar 5,000mAh yang mana membolehkan korang menggunakan smartphone ini selama 19 jam.

Sekarang kita pergi ke selling point dia iaitu bahagian camera. Untuk OPPO A9 2020 ini ia menggunakan Quad Rear Camera Setup yang mana menampilkan camera sebesar 48 Megapixel untuk main camera, 8 Megapixel Ultra Wide Lens, 2 Megapixel Mono Lens dan yang terakhir sekali 2 Megapixel Portrait Lens.

Bagi camera hadapan pula, smartphone OPPO A9 2020 ini menggunakan camera sebesar 16 Megapixel yang mana ia diletakkan pada bahagian notch dia yang berbentuk water drop. Ini adalah hasil gambar yang aku dah tangkap menggunakan OPPO A9 2020 ini:

Terdapat dua warna yang dikeluarkan untuk OPPO A9 2020 ini iaitu warna Space Purple dan juga Marine Green. Kalau nak diikutkan, aku lebih prefer warna Space Purple ini berbanding dengan Marine Green.

Bagaimana pula dengan harga smartphone ini? OPPO A9 ini dijual pada harga RM1,199 sahaja. Kalau nak ikutkan dengan harga yang ditawarkan, bagi aku ianya masih lagi berbaloi kalau nak dibandingkan dengan Vivo S1 yang mana dijual pada harga RM1,099. 

Walaupun OPPO A9 2020 ini sedikit mahal tapi spesifikasi dia lebih mantap. Contohnya korang akan dapat Quad Rear Camera Setup dan tak dilupakan battery untuk OPPO A9 2020 ini juga lebih besar berbanding Vivo S1 dan mempunyai USB Type-C. Bagi yang berminat untuk dapatkan OPPO A9 2020, korang boleh klik dekat SINI.

KATALAKI: Jadi apa pendapat korang dengan OPPO A9 2020 ini? Adakah ia berbaloi untuk dibeli?

Last modified: 23 October 2019