#TechReview: Smartphone Dengan Android One Bawah RM1,000?

Gadget, Tech

Pada beberapa bulan yang lepas pihak HMD Global, global parent company bagi Nokia telah memperkenalkan dua buah smartphone iaitu Nokia 6.2 dan juga Nokia 7.2. Masa dorang umumkan dua smartphone ini akan dijual di Malaysia, aku terus mengambil keputusan untuk membeli salah satu smartphone ini tapi aku dalam dilema sama ada nak beli Nokia 6.2 ataupun Nokia 7.2. Akhirnya aku memilih untuk membeli Nokia 7.2.

Baru-baru ini pula, pihak HMD Global telah memberi peluang kepada TheLaki untuk review Nokia 6.2 pula. Sebelum ini dorang bagi kitorang review Nokia 2720 Flip. Kalau korang tak baca lagi article review aku tentang Nokia 2720 Flip, korang boleh baca article aku dekat SINI.

Nokia 6.2 mempunyai body yang diperbuat daripada polymer composite chassis dan dilindungi dengan Gorilla Glass. Ini memberikan Nokia 6.2 frames yang lebih kukuh dan sedap dipegang dalam masa yang sama masih nampak premium. Cuma satu yang aku tak berapa minat adalah disebabkan body belakang Nokia 6.2 ini diperbuat daripada glass, korang boleh nampak betapa buruknya keadaan dia bila korang tak pakai casing sebab cap jari yang melekat dekat situ.

Pada bahagian belakang Nokia 6.2 ini juga terdapat camera bump yang menempatkan camera sebesar 16 Megapixel + 8 Megapixel + 5 Megapixel dan tak dilupakan flash yang juga diletakkan bersama-sama dalam camera bump ini. Dibawah camera bump ini pula terdapat fingerprint scanner untuk korang gunakan.

Dibahagian hadapan pula, Nokia 6.2 ini mempunyai screen sebesar 6.3 inci Full HD+ screen display. Tak dilupakan camera hadapan yang sebesar 8 Megapixel yang diletakkan pada notch yang berbentuk waterdrop. Dibawah ini merupakan beberapa gambar yang aku tangkap menggunakan smartphone Nokia 6.2.

Pada bahagian atas smartphone Nokia 6.2 ini terdapat 3.5mm audio jack. Dibahagian kanan smartphone ini pula terdapat power button dan juga volume rocker. Manakala dibahagian kiri pula terdapat button untuk Google Assistant dan sim card tray. Dibahagian bawah pula, terdapat USB port Type-C dan juga speaker.

Untuk bahagian spec, Nokia 6.2 ini disertakan dengan Snapdragon 636 dan Andreno 509 dengan 4GB RAM dan 64GB storage. Bagi operating system pula, Nokia 6.2 menggunakan Android 9 tapi korang tak perlu risau sebab Nokia dah sahkan yang korang boleh nantikan upgrade ke Android 10 pada tahun hadapan.

Walaupun smartphone Nokia 6.2 ini hanya menggunakan Snapdragon 636, tapi pengalaman aku bermain permainan video pada smartphone ini boleh dikatakan agak smooth dan tiada lagging. dua permainan video yang aku test pada smartphone Nokia 6.2 ini adalah Mobile Legends dan juga Call of Duty: Mobile. Battery yang terdapat pada Nokia 6.2 ini juga nampaknya mampu bertahan agak lama walaupun cuma mempunyai battery sebesar 3,500mAh sahaja.

Terdapat beberapa kekurangan smartphone Nokia 6.2 ini berbanding dengan Nokia 7.2 adalah pada bahagian camera belakangnya. Untuk Nokia 7.2, ia tetap mempunyai triple camera setup cuma lensa pada smartphone ini lebih besar. Untuk Nokia 7.2 ia mempunyai camera sebesar 48 Megapixel + 8 Megapixel + 5 Megapixel. Tidak dilupakan juga Nokia 7.2 menggunakan ZEISS lens pada bahagian camera belakangnya.

Satu lagi kenapa aku memilih untuk membeli Nokia 7.2 adalah kerana body belakangnya berbeza dengan Nokia 6.2. Body belakang Nokia 7.2 mempunyai matte finish jadi cap jari yang melekat pada belakang Nokia 7.2 ini sangat kurang berbanding dengan Nokia 6.2 dan disebabkan itu aku tak perlu nak gunakan casing pada smartphone Nokia 7.2 aku.

Konklusi aku untuk Nokia 6.2 ini adalah ia merupakan satu smartphone yang berbaloi untuk dibeli berdasarkan spec dan juga harga yang ditawarkan. Tak dilupakan smartphone Nokia ini menggunakan Android One yang mana membuatkan smartphone korang lebih ringan tanpa sebarang aplikasi yang tak perlukan ada dalam smartphone korang apabila korang mula-mula menggunakannya.

Image Via: https://www.thelaki.com.my

Smartphone Nokia 6.2 ini dijual pada harga RM899 sahaja. Terdapat dua warna yang korang boleh pilih iaitu Ceramic Black dan juga Ice. Yang aku review ini adalah warna Ceramic Black. Kalau korang berminat nak dapatkan Nokia 6.2 ini, korang boleh klik di SINI.

SPESIFIKASI:

  • 6.3 inci Full HD+ Display
  • Snapdragon 636
  • Andreno 509
  • Triple Rear Back Camera (16 Megapixel + 8 Megapixel + 5 Megapixel)
  • 4GB RAM + 64GB Storage
  • Ceramic Black & Ice
  • RM899

KATALAKI: Aku rasa sekarang ini masa yang sesuai kalau korang nak beralih kepada smartphone Nokia balik!

Last modified: 22 November 2019