#TechReview – Smartphone Dengan Shark Fin Pop-Up Camera Kembali!

Gadget, Tech

Pada bulan May yang lepas, pihak OPPO telah memperkenalkan smartphone OPPO Reno, sebuah smartphone yang mempunyai pop-up camera dengan design shark fin. Pada bulan Oktober yang lepas, mereka telah mengeluarkan pula smartphone kedua untuk series ini yang dipanggil OPPO Reno 2. Kitorang telah diberi peluang untuk review dan menggunakan smartphone ini untuk beberapa minggu so ini adalah pendapat kitorang tentang OPPO Reno 2!

SPESIFIKASI

Pertama sekali kita pergi dekat bahagian spec smartphone OPPO Reno 2 ini. Screen untuk smartphone ini dilihat lebih besar sedikit berbanding dengan OPPO Reno yang pertama iaitu sebesar 6.5 inci dengan Full AMOLED screen manakala untuk OPPO Reno yang pertama cuma sebesar 6.4 inci dengan OLED screen sahaja.

Screen-to-body ratio untuk OPPO Reno 2 ini pula adalah 93.1 peratus. Bagi aku screen untuk smartphone ini sangat besar dan sangat memuaskan hati aku bila aku guna untuk tengok video dan juga untuk bermain permainan video. Kalau korang suka layan Netflix, smartphone ini memang sesuai!

Bagi OPPO Reno yang pertama, mereka menggunakan Snapdragon 710 dengan 6GB RAM dan 256GB storage tapi untuk OPPO Reno 2 yang terbaru ini, pihak OPPO telah meletakkan processor yang lebih bagus iaitu Snapdragon 730G dengan 8GB RAM dan 256GB storage. Cuma bagi aku, dorang sepatutnya menggunakan chipset yang lebih bagus seperti Snapdragon 855 seperti mana yang Xiaomi Mi 9T Pro gunakan.

Dah nak akhir tahun 2019 ini, sepatutnya smartphonesmartphone flagship seperti ini tidak sepatutnya menggunakan chipset Snapdragon 855 kebawah. Lagi-lagi kalau harga sesebuah smartphone itu melebihi RM1,500. Aku mengharapkan selepas ini akan lebih banyak smartphone flagship menggunakan chipset Snapdragon 855 keatas.

Untuk bahagian battery, OPPO sekali lagi telah menaiktaraf series OPPO Reno dengan meletakkan battery sebesar 4,000mAh dengan feature VOOC Flash Charge 3.0. Battery untuk smartphone ini lebih besar kalau nak dibandingkan dengan OPPO Reno yang pertama yang mana hanya sebesar 3,765mAh sahaja.

CAMERA

Sekarang ini kita pergi kebahagian camera pula. Terus terang aku cakap gambar yang dihasilkan untuk OPPO Reno 2 ini nampak lebih cantik dan warna yang dihasilkan lebih terang berbanding OPPO Reno yang pertama. Bagi OPPO Reno yang pertama, OPPO cuma menggunakan dual camera setup sahaja dengan camera sebesar 48 Megapixel dan 5 Megapixel.

Tapi untuk OPPO Reno 2 ini, pihak OPPO telah double-kan penggunaan rear camera mereka dengan meletakkan quad rear camera setup sebesar 48 Megapixel untuk main camera, 8 Megapixel wide angle lens, 2 Megapixel mono lens dan 2 Megapixel portrait lens.

Selain itu, OPPO turut meletakkan beberapa feature menarik pada smartphone OPPO Reno 2 ini seperti Ultra Dark Mode dan Ultra Steady Video pada OPPO Reno2. Penambahan ini membuatkan camera belakang smartphone OPPO Reno 2 ini boleh dikatakan antara yang terbaik untuk smartphone pada tahun ini.

Bagi bahagian camera hadapan pula, OPPO masih mengekalkan design shark fin pop-up camera seperti mana yang mereka gunakan pada OPPO Reno yang pertama dan masih menggunakan lens yang sama seperti OPPO Reno yang pertama iaitu lens sebesar 16 Megapixel dengan feature tambahan seperti Soft Front Light dan AI Beauty Mode. Satu lagi feature tambahan yang menarik untuk OPPO Reno 2 ini adalah ia mempunyai feature camera stabilization apabila digunakan untuk merakam video. Bawah ini adalah beberapa contoh gambar yang dihasilkan menggunakan OPPO Reno 2:

DESIGN & HARGA

Untuk bahagian design, aku rasa kali ini OPPO Reno 2 telah mengeluarkan design dan warna yang lebih cantik berbanding dengan OPPO Reno yang pertama. Untuk OPPO Reno 2 ini terdapat dua warna yang korang boleh pilih iaitu Luminous Black dan juga Sunset Pink. Walaupun OPPO bagi kitorang review yang warna Luminous Black, aku tetap rasa warna Sunset Pink adalah warna yang paling cantik OPPO Reno 2. So kalau korang nak beli, aku syorkan korang pilih warna Sunset Pink. Confirm puas hati bro!

Harga jualan untuk OPPO Reno 2 ini adalah RM2,299. Bagi sebuah flagship smartphone, aku tak terkejut harga dia melebihi RM2,000 cumanya seperti yang aku cakap tadi, kalau dia meletakkan chipset Snapdragon 855 keatas, aku boleh terima kalau harga dia mencecah RM2,000. Bagi korang yang berminat untuk dapatkan OPPO Reno 2 ini, korang boleh klik di SINI!

SPEC SUMMARY:

  • 6.5 inci Full AMOLED Screen
  • Snapdragon 710
  • 6GB RAM
  • 256GB Storage
  • Quad Rear Camera Setup (48MP + 8MP + 2MP + 2MP)
  • Shark Fin Pop-Up Camera (16MP)
  • Luminous Black & Sunset Pink
  • 4,000mAh Battery
  • RM2,299

KATALAKI: Kalau korang nak beli, make sure ambik yang warna Sunset Pink taw!

Last modified: 2 December 2019