Ted Bundy: Penjenayah Paling Ekstrem

Sembang

Baru-baru ni Netflix ada keluarkan satu siri dokumentari terbaru mengenai penjenayah paling kejam yang pernah wujud kat U.S sekitar tahun 1970 hingga 1989, Conversations with a Killer: The Ted Bundy Tapes. Dah ada yang tengok cerita ni kat Netflix? Korang ok tak lepas layan cerita ni?

Ni lah dia Ted Bundy, penjenayah yang terlibat dengan macam-macam jenayah berat antaranya culik, rogol dan juga pembunuh bersiri. Ted Bundy mengaku terlibat menculik dan membunuh lebih daripada 30 orang wanita muda sejak tahun 1970. Ted Bundy juga disahkan sebagai seorang yang mengamalkan jenayah Necrophilia, jenayah yang melibatkan hubungan seks dengan mayat. Ted Bundy dah pun dikenakan hukuman mati di kerusi elektrik pada tahun 1989.

Mungkin ada antara korang yang dah tengok dan ada juga yang belum lagi tengok siri dokumentari daripada Netflix ni. Siri dokumentari ni ada 4 episod, rakaman interview yang dimainkan dalam cerita ni memang rakaman asal yang berjaya ditemubual oleh dua orang wartawan, Stephen Michaud and Hugh Aynesworth sebelum Ted Bundy dikenakan hukuman mati.

Kalau korang nak tahu apa benda dan siapa Ted Bundy, memang korang sendiri kena layan siri dokumentari ni. Untuk episod pertama mungkin agak boring tapi bila korang layan siri dokumentari ni lama-lama, korang makin rasa nak tahu apa masalah si Ted Bundy ni sampai boleh jadi manusia yang kejam. Korang akan nampak betapa lemahnya pihak berkuasa dan institusi keadilan di U.S masa zaman kekejaman Ted Bundy. Ted Bundy sampai boleh lari dari tahanan sebanyak 2 kali. Pembunuh dan perogol bersiri terlepas dari tahanan pihak berkuasa. Tak ke seram gila orang ramai masa tu. Ted Bundy juga seorang yang bijak memanipulasi keadaan demi nak selamatkan diri dia. Tu yang sampai lebih 30 orang Ted Bundy dah culik dan rogol.

Ni bukan spoiler, tapi serius korang memang kena tengok cerita ni. Korang akan rasa sendiri betapa psycho nya Ted Bundy ni. Korang juga boleh tengok macam mana Ted Bundy ni sejenis manusia yang tak nak mengaku pun kesalahan yang dah dibuat dan macam mana akhirnya tiba-tiba penjenayah ngeri ni mengaku lak apa yang dia dah buat, 3 hari sebelum dihukum mati. Korang disarankan jangan tengok episod siri dokumentari ni berterusan walaupun ada 4 episod je. Kang ada yang jiwa kacau tak tidur malam lak kang. Satu hari tengok satu episod pun okay.

Pengarah siri dokumentari ni, Joe Berlinger sebenarnya ada lagi satu projek akan datang pasal kisah benar Ted Bundy. Lepas siri dokumentari kat Netflix, filem arahan Joe Berlinger bertajuk “Extremely Wicked, Shockingly Evil and Vile” pula akan ditayangkan di pawagam. Tapi belum tahu lagi bila. Sekarang ni pihak produksi filem ni tengah tunggu kelulusan untuk ditayangkan kepada orang ramai kat U.S. Baru-baru ni, filem Extremely Wicked, Shockingly Evil and Vile lakonan Zac Efron sebagai Ted Bundy dah pun ditayangkan kat Sundance Film Festival.

KATALAKI: Harap-harap masuk Malaysia la filem Extremely Wicked, Shockingly Evil and Vile ni nanti.

Last modified: 23 April 2019