Ted Patrick – Berjaya Lumpuhkan Kegiatan Ajaran Sesat!

Sembang

Ted Roosevelt Patrick, Jr dilahirkan pada tahun 1930 di Tennessee, Amerika Syarikat. Pada umur 41 tahun, dia telah dilantik oleh Governor Ronald Reagan sebagai Community Relation di San Diego pada tahun 1971. Dia ketika ini sudah berkeluarga dan boleh dikatakan mempunyai kehidupan yang stabil.

Namun pada tahun yang sama atau lebih tepat pada Forth of July, kehidupannya mula berubah. Anak lelakinya yang berumur 14 tahun telah pulang lewat ke rumah selepas menonton petunjukan bunga api di Belmont Park. Anaknya memberitahu dia lambat disebabkan dia ditahan oleh beberapa orang yang menggelarkan diri mereka sebagai Children of God.

Children of God merupakan satu kumpulan yang percaya mereka harus meninggalkan kehidupan duniawi dan hanya focus pada tuhan sahaja. Mereka memberitahu jika anaknya memasuki kumpulan mereka, dia tidak perlu bimbang tentang kerja, masalah dan penyakit.

Beberapa hari kemudian, jiran Patrick telah memberitahu yang anak lelakinya yang berumur 19 tahun tidak pulak ke rumah selama lima hari. Dia ada menerima panggilan telefon daripada anaknya dan dia memberitahu yang dia tidak akan pulang ke rumah lagi selepas dan dia telah memasuki kumpulan Children of God.

Patrick berjanji yang dia akan membantu mencari anak jiranya itu. Oleh kerana anak lelaki jirannya sudah berumur 19 tahun, pihak polis tidak boleh membuat apa-apa kerana dia bukan lagi bawah umur. Patrick mula menyiasat tentang kumpulan Children of God.

Dia telah menjumpai kumpulan tersebut yang sedang berkumpul di Mission Beach. Patrick berlakon yang bahawa dia berminat untuk memasuki kumpulan mereka. Mereka telah menerima patrick dan membawanya menaiki sebuah bas ke sebuah penempatan di San Diego.

Bila dia masuk ke tempat tersebut, dia ternampak ketua kepada kumpulan tersebut iaitu David Berg ataupun digelar sebagai Moses sedang memberikan ceramah tentang Children of God kepada beberapa orang remaja. Dalam ceramah tersebuh, David Berg memberitahu yang ibu bapa mereka merupakan musuh mereka dan mereka tiada keluarga lain selain keluarga Children of God.

Selama 48 jam mereka dipaksa mendengar David Berg berucap. Macam-macam ayat telah keluar daripada mulut David Berg dan Patrick melihat remaja-remaja yang mendengar ucapannya seperti telah dipukau. setelah cukup 48 jam barulah mereka dibenarkan tidur selama 3 jam.

Patrick cuba untuk keluar daripada kawasan tersebut namun agak sukar kerana dia selalu diekori oleh orang-orang Children of God. Patrick mendapat satu idea yang mana dia memberitahu orang-orang tersebut dia perlu balik kerumah untuk mengambil semua duitnya untuk di derma kepada kumpulan tersebut.

Mereka bersetuju untuk membawa Patrick pulang ke rumah dan semasa dalam perjalanan, Patrick meminta mereka memberhentikan kenderaan untuk dia menelefon pihak bank. Semasa dalam perjalan ke pondok telefon, Patrick mengambil keputusan untuk menahan sebuah teksi dan terus melarikan diri.

Patrick meneruskan siasatannya dan memikirkan bagaimana cara untuk membantu mengeluarkan remaja-remaja yang dah kena brainwash dengan kumpulan Children of God. Salah seorang daripada jiran Patrick turut memberitahu yang anak perempuannya turut terpengaruh dan telah memasuki kumpulan tersebut.

Dengan bantuan ibu bapa remaja perempuan tersebut, Patrick telah memandu kembali ke kawasan Children of God dan buat pertama kalinya dia telah bertindak menculik remaja perempuan tersebut dan membawanya ke satu hotel murah. Di sana, ibu bapa gadis tersebut telah pun menunggu Patrick dan anak perempuan mereka.

Patrick cuba menggunakan apa yang kumpulan Children of God gunakan untuk brainwash remaja-remaja ini tadi dengan bercakap dengan mereka tanpa henti selama beberapa jam. Dan akhirnya dia telah berjaya dan remaja tersebut seperti baru bangun tidur dan tidak tahu apa yang telah berlaku. Teknik ini kemudiannya dipanggil sebagai De-Programming!

Patrick terus membantu ibu bapa yang datang kepadanya mengadu anak mereka dan dia telah membentuk FreeCOG (Free Children of God) dan apa yang dia lakukan telah mendapat perhatian kerajaan. beratus remaja yang dia telah culik daripada kumpulan-kumpulan ini dan De-Programming untuk dikembalikan kepada keluarga mereka.

Setelah kumpulan Children of God berjaya dilumpuhkan, dia mula menyerang kumpulan-kumpulan lain yang mempunyai modus operandi yang sama seperti The MooniesThe Krishnas dan Synanon. Walaupun Patrick berjaya menyelamatkan ramai remaja dan membantu banyak keluarga tapi cara yang dia lakukan tetap salah di sisi undang-undang seperti menculik. Dia telah digelar sebagai The Black Devil dan The Black Lightning!

Dia telah beberapa kali ditangkap oleh pihak polis dan dibicara di mahkamah namun setelah mendengar apa yang dia berjaya lakukan dan ramai saksi terutamanya remaja-remaja yang dia telah bantu datang untuk memberikan keterangan yang mana Patrick telah membantu menyelamatkan nyawa mereka, mahkamah telah mengambil keputusan untuk melepaskan Patrick.

KATALAKI: Kalaulah dia tahu pasal kumpulan Ayah Pin, mesti dah datang Malaysia!

Last modified: 18 September 2019