Teknik Basuh Tangan Dengan Lagu Favourite Korang

Sembang, ZAP, ZeKool

Salah satu penyebab yang boleh membuatkan virus sejenis Covid-19 ini tular dan dijangkiti ramai adalah apabila ramai yang tidak membasuh dan membersih tangan dengan cara yang betul. Heck, ada yang masih tak basuh tangan, kadang-kadang kita tidak tahu atau sedar bahawa tangan kita ini kotor dan kuman yang jahat senang melekat. Jadi kita seboleh-bolehnya di ingati untuk sentiasa menjaga kebersihan pada tangan kita kerana kita tidak tahu sama ada benda yang kita sentuh itu kotor ataupun tidak.

Untuk pembersihan tangan yang lebih elok dan padu, kita disarankan untuk membasuh tangan selama 20 saat (atau lebih), tetapi ramai yang menganggap perkara tersebut sebagai perkara yang remeh dan sekadar hanya membasuh tangan. Menurut kajian laman web B4 Brands, sekurang-kurangnya 75 peratus wanita dan 50 peratus lelaki membasuh tangan selepas mengunakan tandas. Kemungkinan untuk pencemaran tidak sepatutnya mengejutkan kita sedangkan ramai yang tidak membersihkan tangan dengan sebetul dan sebaiknya.

Mengikut laporan CBS News, pada tahun 2013, sebanyak 95 peratus lelaki dan wanita tidak membasuh tangan dengan cara yang betul. Secara purata, orang biasanya mengunakan selama antara enam hingga ke supuluh saat ketika mencuci tangan.

Di saat tular dengan kes-kes Covid-19 ini, dimana kita digalakkan untuk membersihkan tangan supaya tidak kotor apabila bersentuhan dengan apa mahupun sesiapa saja. Terdapat seorang remaja bernama William Gibson yang telah menciptakan sebuah laman web berjudul “Wash Your Lyrics”. Remaja yang berusia tujuh belas tahun itu melancarkan laman web generator itu untuk menggalakkan orang ramai supaya mencuci tangan dengan cara yang betul mengikut lagu kegemaran mereka.

Dengan mengunakan infografik yang tersedia di laman web itu, penguna hanya perlu menaip dan mencari lagu yang mereka ingin sertakan pada infografik dua belas langkah bagaiman untuk mencuci dan membersih tangan mengikut cara yang disarankan oleh World Health Organisation. William yang merupakan seorang remaja yang mempunyai minat yang mendalam dalam bidang developing dimana beliau sedang mempelajari bidang computing telah menghasilkan laman web tersebut dalam masa kurang dua puluh empat jam.

Menghasil website yang boleh dikatakan untuk para penguna mencipta meme untuk membersihkan tangan mengikut lagu kesukaan. Sejak dilancarkan pada minggu pertama sehingga kini, website milik remaja tersebut sudah menerima sebanyak 89,527 downloads daripada penguna.

Antara lagu yang paling ramai mengunakan adalah seperti lagu Bohemian Rhapsody – Queen, All Star – Smash Mouth, Africa – Toto, Never Gonna Give You Up – Rick Astley, Toxic – Britney Spears dan Killing In The Name – Rage Against The Machine.

Durasi yang tersedia untuk infografik yang disertakan bersama lirik lagu pilihan ramai penguna cukup-cukup dalam sebanyak dua belas langkah yang dilengkapi dengan bait-bait lirik lagu.

Menurut William dalam sebuah temuramah bersama laman web Highsnobiety.com. Pada mulanya beliau terlihat meme hand washing posting oleh seorang user di laman web Tumblr, tetapi caption kepada langkah-langkah mencuci tangan tersebut digantikan dengan lirik lagu Money Machine daripada kumpulan 100 gecs. Daripada situ tercetus minat beliau untuk menciptakan generator yang di automatekan supaya beliau dan pengunakan lain menghasilkan dua belas langkah mencuci tangan tanpa mengunakan alatan atau aplikasi yang lain seperti Photoshop.

William berkata beliau ingin mengambil peluang ini apabila kes virus Covid-19 masih lagi menjadi topik berbualan yang hangat, dalam pada masa yang sama beliau ingin mencetuskan trend dan pada masa yang sama menggalakkan orang ramai supaya mencuci tangan dengan langkah-langkah yang mudah dan tepat serta supaya ianya dapat mengurangkan orang ramai untuk menjadi panik ketika berdepan dengan situasi virus Covid-19 ini.

KATALAKI: Dulu orang kata nyanyi lagu “Happy Birthday” untuk cukupkan masa untuk mencuci tangan.

Last modified: 15 March 2020