Korang pernah dengar pasal Acrophobia? Acrophobia ialah salah satu fobia yang dialami oleh seseorang yang takut dengan tempat tinggi. So, dalam diri korang ada tak Acrophobia? Ada sesetengah orang memang tak pernah takut pun dengan tempat tinggi. Lagi tinggi tempat dia berdiri, lagi seronok nampaknya.

Image Via : outdoor-interlaken.ch
Kali ni kami nak kongsikan tempat-tempat yang memang sesuai untuk korang yang tak pernah takut dengan tinggi.
Tower Jump Pattaya, Thailand
GIF Via : Louis Lau
Terjun dari tingkat 55 menara tinjau yang terletak di Pattaya Thailand, ketinggian aktiviti lasak ni mencecah sehingga 170 meter. Korang yang dah pernah sampai Pattaya, pernah tak singgah tempat ni?
GIF Via : Min Thu
Bun J Ride, France
GIF Via : Kévin Bigeard
Bun J Ride ni menggabungkan aktiviti ramp jumping, bungee jumping dan zip-line riding dalam satu masa yang sama. Terletak di Tignes, France, aktiviti ni disertakan sekali dengan runway sepanjang 30m bersama basikal sebelum korang akan terbang di udara setinggi 40 meter.
GIF Via : taptou
Shotover Canyon Swing, New Zealand
GIF Via : Angel & Neil Husher-Rodriguez
Korang pernah try main gelongsor dari tempat tinggi? Shotover Canyon Swing ni menyediakan gelongsor setinggi 109 meter dan pemain akan berhayun menghala ke gaung yang terletak di Quenstown, New Zealand.
GIF Via : Shotover Canyon Swing & Canyon Fox
Tivoli Friheden Amusement Park, Denmark
GIF Via : Theme Park Review
Kat Sky Tower Tivoli Friheden Amusement Park ni, korang akan dijatuhkan atau free fall dari ketinggian 40 meter di udara dengan kelajuan boleh mencecah sehingga 88 kmh. Ada beberapa syarat kalau korang nak main benda ni antaranya tak boleh ada sebarang kecederaan tulang belakang yang serius dan berat badan mesti lah dari 50kg sehingga 120kg.
GIF Via : Nicolai Bennick
Hari tu Anwar Hadi, Mirza dan Helmi ada gak try terjun atau jatuh dari tempat tinggi dalam Mai Try. Kalau korang nak tengok siapa yang bertelur dan siapa yang tak bertelur, boleh usha jap video Mai Try bawah ni.