Tenggelamnya Kapal USS Indianapolis!

Sembang

Aku pernah menulis tentang beberapa case kapal tenggelam tapi cerita yang aku nak tulis hari ini oleh dikatakan di antara case kapal tenggelam yang paling tragis kalau nak diikutkan bagaimana nyawa-nyawa anak kapal ini terkorban.

Kalau nak diikutkan case yang paling teruk adalah case sebuah kapal daripada Jerman iaitu kapal MV Wilhelm Gustloff yang mana telah tenggelam apabila diserang dengan peluru berpandu pada tahun 1945. Dikatakan hampir 9400 telah terkorban.

Kapal USS Indianapolis merupakan satu kapal perang milik Amerika Syarikat. Kali pertama kapal ini berlayar adalah pada tahun 1931 dan telah tenggelam pada tahun 1945.Sehingga hari ini, case tenggelamnya kapal USS Indianapolis merupakan case paling tragis dan tiada lagi kapal perang Amerika Syarikat yang lain tenggelam semasa perang dunia kedua.

Pada 30 July 1945 dan baru 15 minit selepas tengah malam, Kapal ini telah diserang dengan dua biji torpedo Type 95 milik kapal perang tentera Jepun. Peluru berpandu ini merupakan peluru berpandu paling berkuasa dan paling laju milik tentera Jepun.

Selepas terkena dua kali serangan daripada tentera Jepun, kapal USS Indianapolis mengambil masa lebih kurang 12 minit untuk tenggelam sepenuhnya. Disebabkan serangan yang dilakukan sangat pantas, mereka gagal menghantar pesanan kepada US Navy dan ini menyebabkan serangan yang berlaku tidak dapat dikesan oleh pangkalan US Navy.

Dianggarkan lebih kurang 1199 orang telah terkorban dan 300 orang anak kapal telah mati kerana terperangkap dan tenggelam bersama-sama kapal USS Indianapolis. Pada mulanya seramai 30 anak kapal terselamat dan berkumpul bersama.

Antara mereka yang terselamat menyatakan selepas kapal mereka tenggelam, tentera Jepun telah menghentikan serangan dan biarkan mereka yang terselamat terkapai-kapai ditengah-tengah laut. Selepas tentera Jepun beredar, suasana kembali tenang dan mereka berharap mereka dapat diselamatkan oleh US Navy secepat mungkin.

Namun satu lagi kejadian buruk bakal menimpa tanpa dorang sedar. Mereka yang terselamat mula berasa lapar. Ada yang berjaya mencari makanan yang disekitar cebisan kapal. Namun mereka yang tidak berjaya telah mati disebabkan kelaparan dan kehausan.

Bayangkan korang cuma mampu terapung sahaja di tengah-tengah laut menunggu ajal, ramai anak kapal yang tertekan dan telah mengambil keputusan untuk membuka life jacket mereka dan membunuh diri. Tak dilupakan ada yang mula menjadi gila dan menyatakan mereka mendengar suara-suara menyuruh mereka membunuh diri.

Namun perkara paling buruk baru sahaja nak terjadi dan perkara buruk ini sedang berenang-renang di bawah mereka. Mereka mula melihat jerung-jerung semakin dekat dengan mereka. Salah seorang mangsa yang terselamat telah memberitahu yang pada esok hari selepas kapal mereka tenggelam, ikan jerung telah mula muncul dikawasan mereka berkumpul.

Mereka yang terselamat agak bernasib baik kerana disekeliling mereka, terdapat banyak mayat anak kapal yang terapung. Mereka menyatakan semasa tiba waktu untuk jerung-jerung ini makan, mereka mampu menelan hampir 3 ke 4 mayat anak kapal yang masih terapung.

Dikatakan terdapat beratus ikan jerung yang berada disekitar mereka pada masa itu dan ketika malam menjelma, jerung-jerung ini akan mula menarik mayat-mayat yang terapung untuk mereka makan. Paginya mereka akan melihat air laut disekitar mereka telah bertukar menjadi warna merah.

Selepas empat hari berenang di tengah laut dan menunggu ajal, mereka akhirnya telah dikesan oleh sebuah kapal terbang Lockheed PV-1 Ventura semasa mereka sedang meronda. Kemudiannya sebuah kapal USS Cecil J juga telah datang membantu untuk menyelamatkan anak-anak kapal yang masih hidup.

KATALAKI: Aku paling takut nak berenang dalam laut sebab mesti teringat akan ada benda yang tengah berenang bawah kaki aku!

Last modified: 5 August 2019