Tengok Final TI9 & Berpeluang Menang ASUS ROG Phone!

Game, Tech

Hari ini pihak Wan2playgame dan Story Lab Creative telah telah melancarkan Pubstomp Dota 2 The International 9 yang mana akan disiarkan secara langsung terus dari Shanghai, China dan peminat boleh menyaksikannya di Sunway Velocity, Kuala Lumpur dari hari ini sehingga 25 Ogos 2019.

Seperti yang mana korang tahu, ini merupakan kali pertama The International dilakukan di Shanghai, China dan terdapat 18 kumpulan yang bertanding. Tak dilupakan tournament ini juga telah mencatat sejarah dengan prize pool terbesar setakat ini iaitu USD33.78 juta

Kalau korang nak tahu, terdapat 5 orang pemain dari Malaysia iaitu MidOne, xNova, Nana, Ah Fu dan juga vtFaded yang akan berentap mewakili pasukan masing-masing bagi merebut gelaran juara The International 9 dan juga mengharumkan nama negara.

Disebabkan itu, pihak Wan2playgame dan Story Lab Creative dengan kerjasama Garnier Man mengadakan event Pubstomp Malaysia 2019 bagi memberi peluang peminat-peminat Dota 2 Malaysia menyaksikan pasukan-pasukan terkemuka ini berentap secara live di screen besar yang akan disiarkan di Sunway Velocity, Kuala Lumpur.

Selain menyaksikan live screening terus dari Shanghai, pengunjung juga dapat menyaksikan live call ke Shanghai untuk berinteraksi dengan pemain-pemain profesional ini. Bukan senang nak dapat berborak dan bertanyakan soalan pada pro-pro player ni bro!

Dan kalau korang rasa korang dah cukup hebat, korang juga boleh join 1 vs 1 competition untuk merebut hadiah-hadiah menarik. Event ini jugak akan dihadiri oleh pelbagai Cosplayers dan Influencers terkenal so bolehlah korang request bergambar dengan dorang!

Mr. Ian Cheng, Marketing Manager untuk Garnier Men dan Loreal Malaysia berkata, sejak baru-baru ini banyak orang-orang muda di Malaysia yang mula menunjukkan minat terhadap Esports. Dan oleh kerana terdapat 5 orang pemain dari Malaysia yang bertanding dalam kejohanan ini, dia berharap peminat-peminat Dota 2 di Malaysia dapat berkumpul di event ini untuk memberikan sokongan untuk pasukan kegemaran mereka.

Di event Pubstomp Malaysia 2019 turut akan mengadakan special lucky draw yang mana pemenang berpeluang untuk membawa pulang Asus ROG Phone so tunggu apa lagi kalau korang free minggu ini jangan lupa untuk datang ke event ini. Oh aku lupa nak bagitahu, event ini percuma sahaja bro!

KATALAKI: Kalau jumpa aku dekat Pubstomp TWTDOTAxBATTLEARENA tegur-tegurlah hehehe!

Last modified: 24 August 2019