Terapi Bekam Tu Sakit Tak?

Sembang

Bila sebut pasal bekam, mesti ramai yang ingat ianya perkara yang mengerikan dan mengelikan. Ada yang terfikir dan tertanya bekam ni untuk orang tua je atau nak kena tunggu sakit dulu baru buat. Tak sebenarnya, umur yang sesuai untuk berbekam adalah pada seawal 10 tahun hingga 65 tahun. Tak perlu tunggu sakit baru nak buat bekam ni. Ayuh baca info lanjut tentang terapi berbekam

APA NI BEKAM?

Untuk yang selalu tertanya-tanya apa itu bekam. Basically bekam ni adalah sebuah process mengeluarkan darah-darah kotor daripada badan seseorang dengan mengunakan cawan panas yang ditelungkupkan pada tempat-tempat tertentu, process pengeluaran darah kotor tersebut mengunakan alatan-alatan khusus seperti bekas plastik, kaca, tanduk dan sebagainya. Rawatan bekam ni bukan je boleh buat kat badan je, tapi kat muka pun boleh dilakukan jugak untuk sesiapa yang mempunyai masalah resdung, jerawat, kulit kusam dan rabun.

PATUT KE BUAT BEKAM?

Sebenarnya sesiapa saja boleh buat bekam, bahkan membuat bekam ni juga merupakan salah satu sunnah. Berbekam ni jugak boleh melegakan pening kepala dan migrain, menghilangkan jerawat, licinkan kulit, masalah kulit berminyak, melegakan masalah resdung, mengurangkan stress. Kalau nak tambahkan seri muka nak bagi nampak lagi handsome pun boleh dengan berbekam ni.

SAKIT KE TAK?

Tak, aku dah try dah berbekam ni dekat Spa Bekam Arrayyan dan so far untuk first experience pada aku tak sakit sangat. Masa mula-mula tu bila nak try memang cuak dan asyik terbayangkan darah yang disedut keluar daripada badan tapi rupa-rupanya berbekam ni ada process yang membuatkan korang tak rasa sakit dan sebagainya.

Antaranya sebelum korang berbekam, mereka akan periksa blood pressure dan berat badan korang juga untuk pastikan tiada komplikasi sebelum melakukan bekam pada badan korang.

BEKAM SELAMAT

Kalau korang berminat nak try bekam kan badan korang. Jangan try bekam dekat tempat-tempat yang tak terjamin tahap kebersihan, ada juga tempat yang menawarkan bekam tapi mengunakan peralatan yang betul dan tak elok untuk diletakkan kat tubuh badan korang. Aku saran kan pastikan korang try buat bekam dekat tempat bekam yang bertauliah seperti Spa Bekam Arrayyan. Dekat sini korang boleh buat bermacam jenis bekam, termasuk bekam infrared. Pekerja-pekerja dekat sini juga friendly untuk tolong korang berbekam dan pakar pembekam atau hajim dekat sini juga akan advice korang tentang kesihatan tubuh korang. Facilities bekam kat sini sangat selesa dan cup bekam yang digunakan terjamin bersih dan sihat. Aku dah try dan memang confirm selesa dan selamat kat sini.

BEKAM INFRARED?

Dah masuk 2019 ni, macam-macam benda modern dah boleh kita rasai. Antaranya adalah terapi berbekam juga dimana Spa Bekam Arrayyan ni menyediakan terapi inframerah atau infrared untuk meningkatkan lagi kesan kebaikkan bekam. Terapi bekam infrared ni dilakukan sebelum process bekam dimulakan di mana pancaran cahaya lampu infrared dibiarkan pada bahagian tubuh seseorang itu selama 7-8 minit.

Dengan cahaya infrared tersebut, ia dapat meningkatkan aliran darah pada sekitar kawasan rawatan. Ianya juga dapat membantu oksigen dan nutrisi dalam badan serta meningkatkan aktiviti sel dalam pemulihan tisu badan. So apa tunggu lagi? Jom lah kita berbekam!

KATALAKI: Tak terkejut kalau satu hari nanti ada bekam bluetooth pulak :O

Last modified: 28 May 2019