#TetrisChallenge, Bomba, Polis & Tentera Bergambar Paling Kreatif

Sembang

Kalau korang perasan kat media sosial baru-baru ni, perkhidmatan kecemasan awam yang terdiri daripada Bomba, Polis, Tentera, Ambulans di seluruh dunia, viral di media sosial dengan #TetrisChallenge. Yang tak tahu lagi apa tu #TetrisChallenge, perkhidmatan kecemasan awam seluruh negara berkongsi satu gambar menunjukkan barang-barang yang ada dalam kenderaan kecemasan, peralatan yang digunakan untuk tujuan kecemasan, termasuk lah anggota perkhidmatan kecemasan awam tu sendiri disusun secara rapi dan kemas seakan-akan permainan Tetris.

Kenapa tiba-tiba muncul #TetrisChallenge ni agaknya? Semuanya bermula selepas sepasukan pihak polis dari Zurich, Switzerland memuat naik gambar di Facebook pada 1 September 2019 untuk menunjukkan apa yang ada dalam sebuah kereta peronda polis.

Kalau korang dah biasa dengan bidang rekaan grafik atau fotografi, susunan yang digunakan dalam #TetrisChallenge ni juga dikenali sebagai “Knolling“.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TCPB局長室 (@tcpb_commissioner) on

Tak ketinggalan, Tentera Udara Diraja Malaysia pun buat gak #TetrisChallenge ni sempena Karnival Hari ATM yang berlangsung pada 28 dan 29 September 2019 hari tu.

KATALAKI: Selalu nampak dorang bertugas dalam keadaan serius dan tegas je. Kali ni dorang pun join apa yang viral kat media sosial.

Last modified: 3 October 2019