Tha VS Mas. Siapa Lagi Suka Main Kasar?

Aktif, Bola

Sumber : affsuzukicup.com

Sabtu lepas kita dah tengok perlawanan separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil yang berakhir dengan keputusan 0-0 antara Malaysia dan Thailand.

Dalam statistik perlawanan hari tu, Malaysia mengumpul 2 kad kuning dan Thailand dengan 1 kad kuning. Kesalahan atau foul yang dilakukan oleh Malaysia pula ialah 13 fouls dan 10 fouls yang dilakukan oleh Thailand.

Sumber : affsuzukicup.com

Sebelum game perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Rajamangala nanti berlangsung, ada beberapa lagi statistik yang perlu korang tahu. Usha kat bawah bos.

Top Scorer Piala Suzuki AFF 2018

Adisak Kraisorn

Setakat ni,  pemain Thailand, Adisak Kraisorn ialah penjaring terbanyak dengan jumlah 8 gol dalam 5 perlawanan. Pemain lain yang masih lagi bersaing dalam Piala Suzuki AFF 2018 untuk penjaring terbanyak ialah Norshahrul Idlan Talaha (MAS) 4 gol, Supachai Jaided (THA) 3 gol, dan Zaquan Adha (MAS) 3 gol.

Top Assist Piala Suzuki AFF 2018

Sanrawat Dechmitr

Pemain Malaysia yang setakat ni dah pernah assist ialah Akhyar Rashid, Zaquan Adha, Syahmi Safari dan Shahrel Fikri Fauzi. Korang boleh usha senarai kat bawah yang masih bersaing untuk Top Assist Piala Suzuki AFF 2018.

Team mana pula yang kumpul banyak kad kuning dan kad merah? Ini senarai jumlah kad kuning dan kad merah yang dikumpul oleh team yang masih lagi bersaing dalam Piala Suzuki AFF 2018.

KATALAKI: Kitorang pun turun Stadium Rajamangala nanti. Kita jumpa kat Bangkok!

Last modified: 6 December 2018