Thank You Datuk Lee Chong Wei! – Reaksi Netizen

Aktif

Semua pun dah tahu yang wira dan legenda Badminton negara kita, Datuk Lee Chong Wei secara rasmi dah umumkan persaraan dalam arena sukan Badminton. Selepas 19 tahun Datuk Lee Chong Wei berhempas-pulas menjulang bendera Malaysia di mata dunia, pada 13 Jun 2019, seluruh rakyat Malaysia rasa hiba dan terhutang budi dengan Datuk Lee Chong Wei.

Kalau korang perasan, dah ada petanda awal yang Datuk Lee Chong Wei akan bersara dalam sukan Badminton menerusi pantun yang disampaikan oleh Datuk Lee Chong Wei di media sosial pada Hari Raya Aidilfitri hari tu.

Ini antara respons orang ramai mengenai pantun Hari Raya Aidilfitri yang disampaikan oleh Datuk Lee Chong Wei di Twitter.

Korang boleh ingat lagi tak macam mana perasaan kita, rakyat Malaysia sampai ada yang sakit jantung dan sesak nafas kalau tengok Datuk Lee Chong Wei berentap habis-habisan kat dalam gelanggang bersama dengan jaguh-jaguh Badminton dari serata dunia antara Taufik Hidayat, Sony Dwi Kuncoro, Peter Gade, Chen Long dan dah tentu sekali musuh dan rakan yang paling rapat, Lin Dan.

Selepas Datuk Lee Chong Wei umumkan persaraan, tumpuan lepas ni dah tentu sekali kepada Lin Dan disebabkan sebelum ni Lin Dan pernah bagi tahu yang Lin Dan takkan bersara selagi Datuk Lee Chong Wei masih aktif dalam arena Badminton.

Image Via : Berita Harian

Datuk Lee Chong Wei sendiri ada balas kenyataan daripada Lin Dan kat Instagram.

 

View this post on Instagram

 

My arch-rival yet my good pal , Lin Dan had a superb win over Chou Tien Chen yesterday . After his win , I was flattered when he was quoted saying “Because Chong Wei hasn’t retired from the Badminton world , that spurred me on to continue . I really hope to clash swords with him on court soon . To be able to compete with him in TOKYO 2020 shall be a dream come true “. Next year may be the fifth and final olympics for me and my ‘ life’s greatest opponent’ . Akin to what I mentioned in my earlier #callingvip interview ,God willing my body allows it ; I hope to step into the court in Tokyo . It will be great to meet Lin Dan again where our battles reached a full cycle of 20 years . My Friend Lin Dan , you have my best wishes for this Malaysian Open . If I were to hope for a non Malaysian to win the singles title , I hope it’s you my friend , my greatest opponent ‘ 昨天,林丹在大马公开赛男单首轮角逐中赢了台湾的周天成后说:”因为宗伟还没退役,希望接下来我和他还有机会交手,最好的结果是我俩都能参加明年2020东京奥运。” 明年,是我和我这辈子”最伟大的对”手林丹的第五个奥运,他的想法和我早前接受 #传召大人物 访问时候透露的心声一样,如果身体状况允许,我希望我们俩可以来个圆满的20年”终极考验”,let’s see 。💪 #人生有多少个20年 #英雄所见略同

A post shared by Datuk Wira Lee Chong Wei (@leechongweiofficial) on

Untuk info, ini pencapaian Datuk Lee Chong Wei dalam sukan Badminton selama 19 tahun berjuang demi negara tercinta, Malaysia.

Selepas secara rasmi Datuk Lee Chong Wei dah umumkan persaraan, ini ucapan daripada Datuk Lee Chong Wei kepada semua penyokong dan semua rakyat Malaysia.

Betapa besarnya jasa Datuk Lee Chong Wei dalam sukan Badminton negara kita, rasa macam tak puas dan tak cukup nak cakap terima kasih kat Datuk Lee Chong Wei. Takkan kami lupa jasa Datuk Lee Chong Wei. Setiap kali Datuk Lee Chong Wei masuk ke gelanggang, seluruh ahli keluarga, kawan-kawan, tak kira agama dan bangsa, duduk depan TV untuk bersorak dan menyokong wira Malaysia, walaupun ada yang tak berkesempatan dan berpeluang untuk tengok Datuk Lee Chong Wei beraksi depan mata.

KATALAKI: Kalau lah Datuk Lee Chong Wei terbaca artikel ni, dengan berbesar hati, kami hadiahkan pantun ni untuk Datuk Lee Chong Wei.

Datuk Lee Chong Wei tiada galang gantinya,
Rehatlah Datuk demi keluarga tercinta,
Emas Olimpik bukan segalanya,
Datuk Lee Chong Wei, terima kasih sebab tak pernah berhenti berjuang demi negara kita!

Last modified: 14 June 2019