The Boys – Bila Superhero Buat Kerja Jahat!

Sembang

Korang tahu tak yang bulan July ini kita akan disajikan dengan satu lagi superheroes series yang diadaptasi daripada komik? Series yang bertajuk The Boys ini merupakan satu adatasi daripada komik yang mempunyai nama yang sama dan dikeluarkan oleh WildStorm Production pada tahun 2006 sebelum berpindah tangan ke Dynamite Entertaiment.

The Boys ini telah ditulis oleh Garth Ennis dan dilukis oleh Darick Robertson. Cerita The Boys ini bukanlah satu cerita superheroes biasa yang korang baca dan tengok. Terus terang apa yang aku boleh cakap dia punya storyline sangat ganas dan uncensored sama macam cerita Watchmen.

Cerita The Boys ini mengisahkan tentang zaman dimana superheroes wujud dan mereka dilayan seperti selebriti. So bila dorang selalu dilayan seperti seorang artis dan tak siapa nak halang dorang buat apa, geng-geng superheroes ini mula naik kepala dan jadi corrupted dan membahayakan nyawa orang awam.

via GIPHY

Disebabkan isu ini, satu kumpulan super powered CIA yang diberi nama The Boys telah ditugaskan untuk menjaga dan memastikan superheroes ini sentiasa berperangai baik. Andaikata ada superheroes yang cuba bahayakan nyawa orang awam, The Boys inilah yang kena pergi disiplinkan superhero tersebut dengan apa cara sekali pun.

Dalam TV series ini, The Boys telah diarahkan untuk menjaga dan memastikan kumpulan The Seven tidak mendatangkan masalah kepada orang awam dan keselamatan negara. Tapi benda itu bukan satu benda yang mudah sebab boleh dikatakan kesemua superheroes dalam The Seven ini semua perangai dah macam supervillain!

via GIPHY

Kumpulan superhero The Seven ini dianggotai oleh tujuh superhero yang diketuai oleh Homelander yang dilakonkan oleh Antony Starr. Ahli-ahli The Seven yang lain adalah Queen Maeve, Black Noir, Jack from Jupiter, Mister Marathon, The Deep dan Lamplighter.

Tetapi kalau tengok melalui trailer dan info yang aku dapat kumpulkan, hanya beberapa ahli The Seven sahaja yang akan diperkenalkan untuk season pertama ini. Antara ahli The Seven yang akan muncul dalam series ini adalah Homelander, Queen Maeve, A-Train, The Deep, Black Noir dan sorang ahli terbaru Starlight.

via GIPHY

Untuk team The Boys pula, dorang diketuai oleh Billy Butcher yang dilakonkan oleh Karl Urban, Mother’s Milk, Hughie Campbell, Female of the Species, dan Frenchie. Walaupun dorang ini nampak normal, tapi boleh dikatakan setiap ahli The Boys mempunyai kebolehan dorang sendiri.

Contohnya seperti Female, dia merupakan seorang remaja dari Jepun yang pendiam tetapi telah dilatih sejak dari kecil oleh kumpulan Yakuza untuk menjadi seorang pembunuh upahan yang sangat handal. Dia punya ganas sampaikan ketua The Boys sendiri iaitu Billy Butcher terkejut dan takut dengan Female ini!

via GIPHY

Buat masa ini, itu sahaja info yang aku dapat berkenaan dengan TV series ini. The Boys akan mula ditayangkan di Prime Video Amazon pada 26 July 2019. Aku memang tak sabar nak tunggu cerita ini ditayangkan sebab aku boleh bayangkan storyline dia lagi messed up daripada movie Watchmen but messed up in the good way lah hahaha!

KATALAKI: Bilalah dorang nak buat Watchmen Part 2 🙁

Last modified: 24 April 2019