The Dirt – Rimba Bara Versi Mat Saleh!

Sembang

Aku suka tengok movie yang based on true story ini. Boleh dikatakan kalau dekat trailer dorang letak “Based on true story” mesti aku akan make sure aku tengok movie tersebut tak kiralah movie itu dapat banyak bad review sekali pun.

via GIPHY

Sejak kebelakangan ini, banyak biographical movie yang based on musician dikeluarkan. Kita ada movie Bohemian Rhapsody yang menceritakan tentang band Queen yang dikeluarkan pada tahun lepas, Rocketman sebuah movie yang menceritakan tentang penyanyi terkenal iaitu Elton John yang bakal dikeluarkan pada bulan hadapan dan Rock 4: Rockers Never Dai yang dikatakan juga bakal dikeluarkan pada tahun ini.

Netflix juga baru-baru ini telah mengeluarkan original movie dorang yang based on kumpulan music popular Mötley Crüe yang dinamakan The Dirt. Kalau korang nak tahu, Mötley Crüe merupakan satu band glam rock yang mula popular pada tahun 1981.

via GIPHY

Band yang berasal dari Los Angeles, California ini pada mulanya diasaskan oleh Nikki Sixx (Bassist) dan juga Tommy Lee (Drummer). Dorang mula mencari ahli lain untuk join band dorang dan dorang berjumpa dengan Mick Mars (Guitarist) dan Vince Neil (Vocalist) untuk melengkapkan band Mötley Crüe.

Movie The Dirt ini menceritakan tentang asal usul kewujudan band Mötley Crüe dan bagaimana kehidupan sebenar dorang bergelar band paling popular dan segala pergolakan dalaman yang terdapat dalam band ini.

via GIPHY

Pada tahun 1973, Nikki Sixx atau nama sebenarnya Frank Carlton Feranna Jr telah melarikan diri daripada rumah disebabkan tidak tahan didera oleh bapa tirinya. Dia melarikan diri ke Los Angeles. Dia cuba mencari bapa kandungannya namun gagal dan menyebabkan dia menukar nama dia kepada Nikki Sixx.

Dia kemudiannya berkenalan dengan Tommy Lee dan menyatakan yang dia ingin membuat satu band music. Dorang mula berkenalan dengan Mick Mars, seorang guitarist yang mempunyai penyakit Ankylosing Spondylitis ataupun penyakit tulang belakang dan Vince Neil, seorang vocalist daripada sebuah cover band, Rockandi.

via GIPHY

Pada gig pertama Mötley Crüe, lagu-lagu yang dorang bawa mula menerima pujian daripada orang yang hadir dekat gig tersebut. Bermula dari sini, dorang mula mendapat tempahan untuk membuat persembahan hampir di semua kelab malam di Los Angeles dan daripada sini jugalah ahli-ahli band Mötley Crüe mula lalai dan ditimpa dengan pelbagai masalah daripada media dan juga dari dalam band Mötley Crüe sendiri.

Kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut, korang kena tengok cepat-cepat movie The Dirt ini dekat Netflix. Antara pelakon yang berlakon dalam Netflix movie The Dirt ini adalah Douglas Booth yang melakonkan watak Nikki Sixx, Iwan Rheon sebagai Mick Mars, Colson Barker sebagai Tommy Lee dan Daniel Webber sebagai Vince Neil.

KATALAKI: Ada satu movie lagi yang aku tak sabar nak tengok. Nama dia Yesterday!

Last modified: 11 April 2019