The Face Gaming – Team Otai PUBG Dari Malaysia!

Sembang

PUBG (PlayerUnknown’s Battlegrounds) merupakan permainan video online berciri battle royale yang sangat popular pada zaman sekarang. Permainan video ini dihasilkan dan dikeluarkan oleh PUBG Corporation pada tahun 2017.

Semenjak itu, permainan video yang mengambil inspirasi daripada movie Battle Royale yang dikeluarkan pada tahun 2000 ini mula mendapat perhatian daripada geng-geng gamer seluruh dunia dan banyak tournamenttournament dan Esports team yang terlahir disebabkan permainan video PUBG ini.

Malaysia juga tidak terkecuali menerima kesan daripada permainan video ini dan banyak tournamenttournament dan esports team PUBG yang makin banyak diadakan dan ditubuhkan. Masa zaman-zaman PUBG ini mula nak popular, satu team PUBG dari Malaysia mula mendapat perhatian. Team yang aku nak cerita ini adalah team The Face Gaming!

Aku mendapat kesempatan untuk interview salah seorang daripada team The Face Gaming iaitu Farhan Johari atau lebih dikenali dengan panggilan Han ataupun Han_10K untuk mengenal lebih lanjut siapa dia The Face Gaming ini.

Mengenai tentang macam mana boleh wujudnya The Face Gaming ini, Han berkata yang ianya bermula pada tahun 2017 apabila mereka memasuki mini tournament dan memenangi tournament PUBG di acara Zotac Lan Party. Asalnya nama The Face Gaming adalah nama yang dipakai oleh salah seorang ahli mereka iaitu Ahmad Tarmizi atau lebih dikenali dengan panggilan Sandman.

Dari Kiri: Farhan “Han”Johari & Ahmad “Sandman13” Tarmizi. Image Via: https://www.facebook.com

Selepas memenangi mini tournament tersebut, mereka sebulat suara untuk menggunakan nama The Face Gaming sebagai nama team mereka dan nama tersebut mula menjadi perbualan peminat-peminat permainan video PUBG di Malaysia. Hari ini, brand The Face Gaming dimiliki oleh Han, Tarmizi & salah seorang ahli mereka iaitu Afiq atau dikenali dengan panggilan Chii.

Buat masa ini, team The Face Gaming terbahagi kepada dua team iaitu team PUBG PC dan juga team PUBG Mobile. Untuk team The Face Gaming PUBG PC, ianya terdiri daripada oLo_chii, oLo_rascal, oLo_revoluzion, oLo_erull, oLo_seraveem dan oLo_10K.

Bagi The Face Gaming PUBG Mobile pula, ia dianggotai oleh oLo l Asgard, oLo l Agraban, oLo l SayaSalah dan oLo l Yat7K. Han berkata kesemua nama-nama gelaran yang mereka gunakan ada berkait dengan pengalaman dorang.

Contohnya Han menggunakan 10ktapping disebabkan dia pada dulunya tak berapa nak pandai main game berciri FPS (First Person Shooting) sehinggakan terpaksa menembak sebanyak 10 ribu kali hanya untuk memastikan tembakan dia mengena musuh. Kalau aku maybe aku kena guna Mok_100KTapping agaknya hahaha!

Pengalaman yang paling tidak boleh dilupakan oleh The Face Gaming adalah apabila mereka telah terpilih untuk mewakili Malaysia bagi bertanding di Australia untuk acara PUBG ZIMO Australia Invitational pada tahun 2018. Kata Han, ia merupakan satu pencapaian terbesar untuk The Face Gaming bagi kerana dapat mewakili Malaysia ke pertandingan antarabangsa.

Tidak dilupakan juga untuk team PUBG Mobile The Face Gaming apabila mereka berjaya memenangi tempat ketiga di Kota Anggerik Cup. Buat masa ini, Han berkata team PUBG PC tiada perancangan untuk memasuki mana-mana tournament dalam masa terdekat.

Team PUBG Mobile The Face Gaming. Image Via: https://www.facebook.com

Namun untuk team PUBG Mobile The Face Gaming, mereka sedang bersiap sedia untuk bertanding dalam acara PMNC (PUBG Mobile Malaysia National Championship) yang mana akan bermula pada 27 April 2019 ini dan menawarkan prize pool sebanyak RM114,000!

Ketika ditanya mengapa memilih permainan video PUBG berbanding dengan permainan video online lain yang mempunyai ciri yang sama seperti Fortnite ataupun yang terbaru Apex Legends, Han berkata yang PUBG mempunyai satu feel yang berbeza berbanding dua permainan tadi.

Walaupun sekarang Apex Legends nampak lebih popular berbanding PUBG, peminat dan penonton masih ramai yang meminati permainan video ini dan perasaan suspense untuk mengetahui team mana yang akan mendapat Winner Winner Chicken Dinner cukup membuatkan mereka tidak senang duduk.

Bagi korang yang tengah bercadang untuk masuk bertanding ataupun membuat team Esports PUBG korang sendiri, Han mewakili team The Face Gaming ada memberikan nasihat untuk sentiasa percaya dengan apa yang korang sedang usahakan dan tiada pengalaman yang lebih berkesan selain korang cuba masuk mana-mana tournament dan rasakan sendiri bagaimana perasaan bertanding dengan team lain.

KATALAKI: Jangan lupa untuk berikan sokongan padu kepada team PUBG Mobile The Face Gaming pada acara PMNC nanti bro!

Last modified: 2 May 2019