The Family – Keluarga Ajaran Sesat Di Australia

Sembang

Anne Hamilton-Byrne pada mulanya merupakan seorang guru yoga dan menjadi terkenal pada awal tahun 1960 ketika yoga mula-mula mendapat tempat di Australia. Kebanyakan pelajarnya merupakan wanita-wanita kelas pertengahan dan sudah berkeluarga.

Selain daripada mengajar yoga, pelajar-pelajarnya juga turut mencari Anne untuk mengambil nasihat tentang dalam masalah rumah tangga dan disebabkan ini, pelajar-pelajarnya mula selesa dan mempunyai kepercayaan yang kukuh terhadap Anne. Cara Anne bercakap sememangnya boleh dikatakan antara salah satu punca mengapa mereka-mereka ini menjadi antara ahli terawal The Family ataupun dikenali sebagai Santiniketan Park Association dan Great White Brothehood.

Anne Hamilton-Byrne atau nama sebenarnya Evelyn Edwards telah dilahirkan pada tahun 1921. Kehidupan kanak-kanaknya boleh dikatakan agak tragik apabila ibunya telah dimasukkan ke hospital gila selama 27 tahun selepas dia cuba membakar rambutnya sendiri ditengah-tengah orang ramai. Ayahnya pula tidak mempunyai kerja yang tetap dan telah merantau ke merata tempat untuk mencari wang jadi mostly Anne akan keseorangan dan menghabiskan masanya dirumah anak yatim yang menjaganya.

Pada umur 20 tahun, Anne telah berkahwin namun perkahwinan itu tidak bertahan lama apabila suaminya telah meninggal dalam satu kemalangan jalan raya dan meninggalkan dia dengan seorang anak perempuan. Selepas kelahiran anak pertamanya, Anne dan mendiang suaminya cuba untuk mendapatkan anak lagi namun tidak berjaya. Suaminya cuba untuk mengambil anak angkat tapi tidak kesampaian.

Selepas Anne mula menjadi terkenal, dia mula mencipta ajarannya sendiri. Sedikit demi sedikit pelajarnya mula terpengaruh sehinggalah terciptanya kumpulan The Family. Untuk pengetahuan korang, The Family ini terkenal dengan kegiatan mereka menculik kanak-kanak yang baru lahir dihospital dan cuba memperkenalkan ajaran agama baru!

Penculikan ini sangat mudah dijalankan disebabkan kebanyakkan pengikut Anne ketika itu bekerja sebagai jururawat di hospital bersalin. Anak-anak luar nikah yang dilahirkan di hospital tersebut akan diseludup keluar bersama-sama sijil kelahiran palsu yang telah dibuat oleh pengikut Anne.

Bayi-bayi ini kemudiannya akan dijaga oleh Anne dan dia telah memberitahu kanak-kanak ini semua yang dia merupakan ibu kandung mereka. Selain itu, Anne juga telah meyakinkan kanak-kanak ini yang mereka merupakan antara insan-insan terpilih yang akan terselamat ketika berlakunya kiamat.

Anne juga turut memberitahu anak-anak ini yang dia merupakan Jesus Christ yang telah dilahirkan semula dan dibawah perlindungannya, kanak-kanak ini akan selamat daripada bencana dan kejahatan yang wujud di dunia ini. Mengikut hasil siasatan, Anne dikatakan telah berjaya menculik 28 orang kanak-kanak.

Kehidupan kanak-kanak yang dibawah jagaan Anne sangat berbeza dengan apa yang dia beritahu kepada orang ramai. Kanak-kanak ini telah disekolahkan dari rumah dan Anne telah melantik beberapa orang pengikutnya untuk memerhati anak-anak ini dan menghukum mereka andai kata mereka membuat kesalahan. Anne juga telah memberikan kanak-kanak ini Valium bagi menenangkan mereka. Apabila mereka meningkat remaja, Anne akan memberikan mereka LSD bagi memastikan mereka berkhayal setiap masa!

Namun akhirnya kegiatan Anne telah terbongkar apabila salah seorang anak angkatnya telah berjaya melarikan diri dari rumah agam mereka. Hasil siasatan pihak polis, mereka akhirnya berjaya menjumpai lokasi rahsia The Family, tempat dimana semua anak angkatnya tinggal dan tempat pengikutnya datang untuk ritual-ritual mereka. Ketika serbuan dilakukan, Anne dan suami barunya tiada dirumah tersebut.

Dia kemudiannya telah melarikan ke Amerika Syarikat namun hasil kerjasama polis Australia dan FBI, dia telah berjaya dijejaki dan telah dibawa pulang ke Australia untuk dibicara. Dia telah disabitkan kesalahan kerana memalsukan sijil kelahiran anak-anak angkatnya. Menurut siasatan pihak berkuasa, Anne dikatakan mempunyai harta sebanyak USD50 million! Anne telah meninggal pada usia 98 tahun selepas beberapa tahun dimasukkan ke rumah orang tua dan mengidap penyakit Dementia.

KATALAKI: Cikgu yoga pun boleh jadi ketua ajaran sesat!

Last modified: 9 January 2020