Tahu-tahu je dah nak masuk setahun dah kita dibawah pemerintahan kerajaan “Malaysia Baru”. Dan banyak juga perubahan-perubahan yang drastik dan positif yang kita sebagai rakyat Malaysia dapat lihat dan merasa berbanding dengan yang sebelum ini. Selepas setahun, apa kata kita recap sat benda-benda yang best mahupun tak best. Ini hanya sekadar recap dan untuk pengetahuan korang jugak. Mana yang bagus, kita hadam. Mana yang tak bagus kita take note untuk improve.

Image via: https://www.mygameon.my/
1. Esports VS Pengumuman Flip-flop
The good: Yang bagusnya kalau kita bandingkan zaman 2018 VS zaman 2019, kerajaan kita dah mula proaktif untuk menyokong pembangunan dalam industri e-sukan. Benda ni patutnya dah lama kita sokong sebab player-player Esports di Malaysia ni ramai yang bagus-bagus dan ada yang dah pergi ke International level dah. Menteri Belia & Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sendiri telah menunjukkan minatnya yang mendalam dalam scene Esports dengan mengatakan plan seperti ingin Esports dipertandingkan dalam Sukan SEA 2019 di Filipina dan hasratnya untuk menubuhkan stadium Esports pertama serta plan AirAsia untuk membuka Asean’s first Esports Arena di Klang.
The bad: Pengumuman flip-flop, maksudnya kita banyak didedahkan dengan pengumuman yang membuatkan kita semua rasa macam pelik tapi rupa-rupanya lain pulak. Komunikasi atau penyampaian berita/pengumuman kepada rakyat tak berapa jelas seperti yang kita harapkan dengan Malaysia baru ini. Contohnya baru-baru ini tentang kereta terbang buatan Malaysia. Banyak kekeliruan dalam komunikasi yang membuatkan kami rakyat marhaen bingung tambahan lagi macam-macam teori dan spekulasi daripada netizen.

Image via: https://my.asiatatler.com
2. Rule of Law VS Media Sosial
The good: Sejak setahun lalu, Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad kerap mengunakan perkataan “Rule of Law”. Tak tahu apa maksud “Rule of Law?” secara ringkasnya “Rule of Law” atau “memerintah mengikut undang-undang” bermaksud yang semua pihak dalam sebuah negara (rakyat marhaen biasa, kerajaan, pegawai, hakim-hakim sekali pun) tertakluk kepada undang-undang yang sama. Tidak ada autokrasi atau diktator mahupun diskriminasi.
Ini adalah perkara yang bagus kerana sebagai rakyat, ia adalah memastikan yang kita semua dibawah undang-undang yang sama, tiada double standard atau apa saja dan yang paling penting sekali hak-hak kita semua terjamin.
The bad: Kalau dulu kita lihat media sosial sebagai ruang untuk kemudahan informasi yang terkini dan telus. Namun bila ianya mudah dan ruang tersebut mudah untuk sesiapa saja, ianya menjadi toxic. Antaranya seperti berita palsu, berita separa palsu, dan lontaran komen netizen yang cepat melatah. Ini bukanlah perkara yang baru tetapi ianya semakin lama semakin teruk. Lebih-lebih lagi bila ruangan media sosial membuatkan kita semua untuk mudah terpengaruh dan dipengaruhi. Dalam bab ini perubahan harus datang daripada diri kita sendiri terlebih dahulu dan bukan menyalahkan kerajaan semata-mata.
3. Naik Dan Turun
The good: Tidak dinafikan sejak kerajaan bertukar, ramai orang muda yang mengharapkan macam-macam perubahan drastik, contohnya harga barang turun dan kos sara hidup selesai dalam sekelip mata. Tapi kita perlu realistik perubahan akan mengambil masa – realiti ini yang ramai orang muda kurang faham. Buat kami, setakat ini ada juga perubahan. Walaupun sedikit tapi nampak positif, contohnya harga broadband semakin murah. Tak lupa kini sudah ada pas bulanan rapid KL, MY100 – sesuatu yang membantu kami yang guna public transport setiap hari ni save lebih kurang RM150 sebulan berbanding dulu.
The bad: Downside paling besar untuk orang muda yang buat kita rasa kecewa bila digital platform service seperti Netflix, Spotify dan sebagainya bakal dikenakan tax. Kalau dulu, benda-benda digital macam ini tak berapa nak diambil endah pun kan?

Image via: Thelaki.com.my
4. Korupsi Dan Jenayah
The good: Jika dilihat pada circa 2018 sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, mengikut sumber data kajian yang telah dilakukan oleh Ipsos Malaysia, sebanyak 47% berpendapat yang kebimbangan utama negara adalah rasuah. Namun sejurus selepas PRU14, keresahan dan bimbang terhadap korupsi atau rasuah di negara ini berubah sebanyak 32% dan berada di tangga ke-3 dalam carta kajian yang dilakukan oleh Ipsos Malaysia. Ia juga berada di tempat ke-4 dalam senarai kebimbangan utama rakyat Malaysia di Wilayah Tengah dan juga di kalangan bukan bumiputera. Ini boleh dikatakan perkembangan yang positif dan mengikut peredaran masa serta perubahan kerajaan.
Ia juga menduduki tempat ke-3 dalam senarai kebimbangan utama rakyat Malaysia di kalangan mereka yang berpendapatan isi rumah tinggi iaitu RM5,000 dan ke atas. Selain itu, 57% yang mengikuti kajian tersebut percaya bahawa negara kita berada di landasan yang betul. This is good, we’re on the right track.
The bad: Yang terbaharu, menurut data kajian Ipsos Malaysia juga, Jenayah dan keganasan dalam masyarakat merupakan kebimbangan utama dengan peratusan sebanyak 39% jika berbanding sebelum ini yang berada di tempat ke-2 pada Mac/April 2018. Kes-kes seperti rogol, penderaan kanak-kanak, campaign anti-lgbt, pembulian, mengejek, pencurian, penyalahgunaan, pembulian di media sosial merupakan antara petikan-petikan yang diperkatakan bila sebut tentang kebimbangan utama dikalangan rakyat Malaysia. Inflasi/kos sara hidup juga menjadi kebimbangan utama rakyat Malaysia pada tempat kedua kajian Ipsos Malaysia.
KATALAKI: Moga-moga kita menjadi lebih baik menjelang tahun 2020 guys!