The Iceman Killer – Pembunuh Upahan Terkenal America!

Sembang

Richard Leonard Kuklinski dilahirkan pada 11 April 1935 di New Jersey. Ayahnya, StanislawStanleyKeklinski merupakan seorang pekerja laluan kereta api manakala ibunya, Anna Mcnally merupakan seorang pekerja kilang daging yang berasal dari Dublin.

Seperti pembunuh-pembunuh bersiri yang lain, kehidupan kanak-kanak Richard tidak seindah kanak-kanak lain. Dia dibesarkan dalam keluarga yang agak porak-peranda. Ayahnya merupakan seorang kaki botol manakala ibu dia pula merupakan seorang ibu yang sangat tegas.

Semasa kecil dia selalu dipukul oleh ibu dan ayahnya. Richard memberitahu yang ibunya selalu memukulnya menggunakan penyapu dan pelbagai perkakas rumah yang lain. Ibunya juga pernah cuba untuk membunuh ayahnya dengan menikamnya menggunakan pisau.

Richard mempunyai tiga orang adik beradik tapi abangnya yang paling tua mati pada umur lapan tahun kerana didera oleh ayahnya sendiri. Namun ibu dan ayahnya memalsukan laporan kematian abangnya kepada polis dengan menyatakan abangnya mati kerana terjatuh daripada tangga.

Sebelum Richard menjadi seorang pembunuh upahan paling terkenal di America, dia bekerja disebuah kilang di New Jersey. Dia juga telah berkahwin dengan seorang wanita bernama Linda dan mempunyai dua orang anak lelaki. Namun perkahwinan itu tidak bertahan lama apabila Richard dikatakan mempunyai kekasih lain.

Dia akhirnya bercerai dan berkahwin dengan kekasih keduanya iaitu Barbara Pedrici dan mempunyai dua orang perempuan dan seorang anak lelaki. Barbara ada menyatakan hidup dengan Richard seperti hidup dengan dua orang yang berbeza. Dia beranggapan Richard mempunyai dua personality yang berbeza yang dia panggil sebagai Good Richie dan Bad Richie.

Good Richie merupakan seorang suami dan ayah yang sangat mementingkan keluarga dan memastikan isteri dan anaknya mendapat segala benda yang mereka idamkan. Manakala Bad Richie pula merupakan satu persona dia yang sangat garang, kepala angin dan tidak takut untuk membunuh dan mencederakan orang lain termasuklah isteri dan anak-anaknya.

Sekarang kita lihat pula sejak bila Richard mula menjadi ganas dan bagaimana dia boleh mendapat gelaran The Iceman Killer dan dianggap sebagai seorang pembunuh upahan paling digeruni di Amerika Syarikat. Richard menyatakan dalam satu temuramah yang dia mula membunuh sejak dia berumur 14 tahun.

Mangsa pertama Richard merupakan seorang kanak-kanak yang selalu membuli Richard. Akibat tidak tahan dibuli dan diejek, Richard mengambil keputusan untuk membalas kembali dengan memukul kepala kanak-kanak tersebut dengan batang besi.

Sejak daripada itu, tiada kanak-kanak yang berani dekat dengannya. Ketika Richard berumur dalam lingkungan 20an, satu kumpulan jenayah yang diberi nama Newark DeCavalcante Crime Family membawa masuk Richard untuk join kumpulan mereka dan bekerja pembunuh upahan kumpulan tersebut.

Richard dikatakan sangat obses dengan membunuh. Dia pernah datang ke New York dan membunuh seberapa banyak orang homeless di sana hanya kerana dia ingin mencuba pistol dan senapang yang baru dibelinya. Dia juga sangat handal dalam menyorok dan menghapuskan mangsa-mangsanya agak tidak dikesan oleh pihak polis.

Antara senjata yang paling gemar digunakan oleh Richard adalah pisau, hammer, ice pick dan yang paling dia suka guna adalah botol nasal spray yang diletakan racun cyanide di dalamnya. Selepas selesai membunuh, dia akan memotong anggota badan mangsa dan menyimpannya di dalam peti sejuk.

Kadangkala dia akan memasukan seluruh anggota badan mayat mangsanya di dalam petik sejuk untuk dibekukan sebelum dia buang mayat tersebut di tempat lain. Pihak polis menyatakan tindakan Richard menyimpan mayat mangsa di dalam peti sejuk merupakan satu tindakannya sangat bijak!

Kenapa bijak? sebab dengan cara ini, pihak forensik tidak dapat tahu bilakah waktu sebenar kematian dan ini menyukarkan pihak polis untuk menyiasat dan mengesan siapakah pembunuh yang sebenar. Disebabkan ini jugalah Richard mendapat gelaran The Iceman Killer.

Richard akhirnya telah ditangkap oleh pihak polis pada December 1986 dan didakwa dengan pelbagai tuduhan membunuh dan rompakan. Dia telah mati pada umur 70 tahun semasa dia masih dalam penjara. Dia dikatakan mati disebabkan penyakit Kawasaki, satu penyakit yang berkaitan dengan darah.

KATALAKI: Terdapat sebuah movie yang diadaptasi pada kisah hidup Richard “The Iceman Killer” Kuklinski yang bertajuk The Iceman lakonan Micheal Shannon, James Franco dan juga Chris Evans.

Last modified: 8 July 2019