The International 2019 Group Stage Kini Bermula!

Game, Tech

Minggu ini telah bermulanya Dota 2 The International 2019 peringkat kumpulan jadi korang jangan pelik kalau korang tengok member-member korang dah start berborak pasal Dota 2 saja start minggu ini. Kejohanan ini akan berlansung di Mercedes-Benz Arena, Shanghai China.

Peringkat kumpulan ini akan berlansung sehingga 18 Ogos 2019 yang mana 18 pasukan akan bertempur bagi melayakkan ke peringkat seterusnya yang mana hanya akan ada 16 pasukan sahaja akan diterima masuk ke pusingan akhir.

18 pasukan ini akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan juga Kumpulan B. Berikut adalah 18 pasukan yang akan bertanding bermula minggu ini:

GROUP A

  • TEAM SECRET
  • PSG.LGD
  •  TNC PREDATOR
  • MINESKI
  • NEWBEE
  • KEEN GAMING
  • TEAM LIQUID
  • ALLIANCE
  • CHAOS ESPORTS CLUB

GROUP B

  • VICI GAMING
  • VIRTUS.PRO
  • OG
  • FNATIC
  • NATUS VINCERE
  • ROYAL NEVER GIVE UP
  • EVIL GENIUSES
  • INFAMOUS
  • NINJAS IN PYJAMAS

Kesemua pasukan ini akan bertanding dan merebut piala Ti9 dan juga hadiah wang terkumpul sebanyak USD33 juta, prize tertinggi setakat ini bagi kejohanan The International! Johan bagi The International 2019 akan membawa pulang 45.5% daripada prize pool lebih kurang USD15 juta!

Bila berborak tentang The International 2019, korang dah ada tempat lepak nak tengok Grand Final nanti tak? Kalau tak ada apa kata korang check out event TI9 Pubstomp 2019 yang dianjurkan oleh TWTDOTA dengan kerjasama Battle Arena ini.

Event ini akan dijalankan selama dua hari iaitu pada 24 Ogos dan 25 Ogos 2019. Macam-macam aktiviti akan diadakan seperti Panelist / Analysts Discussion selepas tamat permainan, Lucky Draw, Giveaway, Dota Underlords Mini Tournament, TheCEEEEEEEEEEEEEEEBChallenge dan banyak lagi.

Terdapat 4 jenis ticket yang korang boleh dapatkan dari harga serendah RM5 untuk Legend Pass sehingga RM50 untuk Immortal Pass. Bawah ini adalah apa yang korang akan dapat untuk setiap jenis ticket:

LEGEND PASS (WALK-IN)

  • 1 DAY ENTRY
  • 1 X PREDICTION TICKET

ANCIENT PASS (DAY PASS)

  • PRIORITY SEATS
  • 1 X LUCKY DRAW TICKET
  • 2 X PREDICTION TICKETS

DIVINE PASS (2 DAYS ENTRY)

  • PRIORITY SEATS
  • 2 X LUCKY DRAW TICKETS (1 PER DAY)
  • 4 X PREDICTION TICKETS (2 PER DAY)
  • DIVINE TAG WITH LANYARD

IMMORTAL PASS (2 DAYS ENTRY)

  • EXCLUSIVE BEANBAG / GAMING CHAIR SEATS
  • MYSTERY BAG
  • 1 X IMMORTAL 1/2 FOOD VOUCHER
  • 4 X LUCKY DRAW TICKETS (2 PER DAY)
  • 6 X PREDICTION TICKETS (3 PER DAY)
  • IMMORTAL TAG WITH LANYARD

Kalau korang berminat, korang beli ticket ke Ti9 Pubstomp TwtDotaXBattleArena 2019 dekat SINI dan pastikan korang pilih TWT DOTA dekat bahagian Ticketing Outlet atau kalau korang ada apa-apa soalan korang boleh contact terus TWTDOTA dekat Twitter Official dorang di SINI.

KATALAKI: Korang boleh cari aku dekat bahagian Immortal Seat nanti ye hahahaha!

Last modified: 22 August 2019