The King’s Man Bagi Petanda Panggung Wayang Akan Dibuka Tak Lama Lagi

Sembang, ZAP, ZeKool

Siri filem popular yang mengisahkan tentang sebuah organisasi secret service, Kingsman mula mencetuskan fenomena di pawagam seluruh dunia bermula tahun 2015 apabila filem pertama bertajuk Kingsman: The Secret Service mula ditayangkan. Filem yang menampilkan Taron Egerton sebagai pelakon utama, popular dengan nama gelaran Eggsy yang masih mentah dalam filem pertama, seterusnya ditampilkan sebagai seorang ejen rahsia yang menjadi punca kekuatan utama organisasi Kingsman menerusi filem sequel yang bertajuk Kingsman: The Golden Circle, ditayangkan pada tahun 2017.

Yang terkini, trailer terbaru filem ke-3 Kingsman bertajuk The King’s Man sudah pun ditayangkan kepada umum berserta tarikh tayangan baru walaupun pawagam di seluruh negara termasuk lah Malaysia belum lagi dibenarkan untuk beroperasi. Bakal ditayangkan pada 18 September 2020, nampaknya kita dah boleh nampak bayangan awal mengenai status panggung wayang yang bakal kembali beroperasi selepas berbulan-bulan ditutup disebabkan pandemik COVID-19 yang menyerang penduduk dunia. Korang ingat lagi tak seat mana yang paling best kat dalam  panggung wayang?

Bagi peminat-peminat yang mendambakan kemunculan Taron Egerton sebagai Eggsy dalam filem terbaru Kingsman, mungkin korang akan berasa hampa sebab filem The King’s Man merupakan filem prequel kepada filem Kingsman yang pertama, sebelum wujud watak Eggsy dan mentor kesayangannya, Galahad dan Merlin. Maknanya Taron Egerton tak terlibat dalam filem terbaru The King’s Man. Kalau ada kejutan, penampilan istimewa Eggsy di di pertengahan atau di penghujung filem The King’s Man, tu boleh kira bonus untuk kita peminat-peminat filem Kingsman yang dah terlalu sinonim dengan watak yang dilakonkan oleh Taron Egerton.

Filem The King’s Man mengisahkan tentang sejarah organisasi Kingsman yang berlaku semasa Perang Dunia Kedua, menyelesaikan misi dan menyelamatkan dunia daripada rancangan jahat yang cuba menghapuskan penduduk dunia. Kali ni, Ralph Fiennes yang memegang watak sebagai Duke of Oxford dan Harris Dickinson sebagai Conrad mengambil alih tugas Colin Firth (Galahad) dan Taron Egerton (Eggsy) yang sebelum ni pernah bergabung menaikkan empayar filem Kingsman.

Selepas kekal mengarahkan ketiga-tiga filem Kingsman termasuk yang terbaru, Matthew Vaughn juga memberi jaminan yang lepas filem The King’s Man ditayangkan, akan ada lagi filem-filem prequel, sequel dan spin-off kepada kisah Kingsman pada masa akan datang. Selain Kingsman, Matthew Vaughn juga pernah menghasilkan beberapa karya agung dalam dunia perfileman menerusi filem Stardust (2007), Kick-Ass (2010) dan X-Men: First Class pada tahun 2011 sebelum menumpukan perhatian sepenuhnya untuk mengarahkan filem-filem Kingsman.

Sementara kita menantikan saat panggung wayang kembali beroperasi dan filem-filem yang dah lama tertangguh kembali ditayangkan, kita kena bersedia awal-awal untuk mengamalkan segala standard operation procedure (SOP) dan amalan normal baharu yang bakal diterapkan semasa berada di dalam panggung wayang nanti.

KATALAKI: Mungkin ada antara kita masih trauma nak masuk dalam panggung wayang disebabkan kebinasaan COVID-19 yang pernah mengorbankan nyawa manusia.

Last modified: 22 June 2020