The King’s Man Movie – Ini Yang Korang Perlu Tahu!

Sembang

Korang dah tengok belum trailer untuk movie The King’s Man? Kalau korang nak tahu, sebuah trailer untuk siri The Kingsman baru sahaja dikeluarkan minggu ini dan banyak benda yang buat orang keliru dengan trailer dia. Salah satu sebab adalah dorang tak nampak watak utama iaitu Eggsy dalam trailer ini!

Kalau movie The Kingsman sebelum ini mengfokuskan tentang watak Eggsy, tapi untuk movie The King’s Man ini ia mengfokuskan kepada watak lain sebab movie ini merupakan prequel kepada movie The Kingsman sebelum ini. Ini adalah beberapa info lain yang korang perlu tahu tentang movie terbaru ini.

ORIGIN THE KINGSMAN

Untuk filem ini, ia akan mengfokuskan kepada Kingsman yang pertama yang telah direkrut dan misi pertama yang perlu dia selesaikan adalah menghentikan cubaan satu kumpulan villain untuk menghancurkan dunia. Mereka cuba untuk mencipta satu perang besar yang mana akan menghapuskan manusia daripada muka bumi.

Kemungkinan besar The King’s Man akan berada pada zaman 1913 ataupun 1914 berdasarkan apa yang kita tahu daripada filem The Kingsman yang pertama. Dalam filem yang pertama, Harry telah memberitahu Eggsy yang Kingsman telah ditubuhkan sejak perang dunia pertama.

Image Via: Image Via: https://www.thelaki.com.my

Jika filem The King’s Man ini betul-betul ikut kepada apa yang Harry cakap, kemungkinan jalan cerita movie ini akan bermula sebelum perang dunia pertama berlaku dan kita dapat lihat bagaimana mereka mengumpul setiap wakil dari seluruh dunia untuk menubuhkan The Kingsman.

PELAKON BARU

Disebabkan filem baru ini adalah prequel, kita dapat melihat banyak watak-watak dan pelakon baru yang akan dibawa masuk untuk filem ini. Sebab itu kalau korang tengok trailer The King’s Man korang akan keliru sebab korang tak pernah nampak langsung dorang dalam filem sebelum ini.

Antara pelakon baru yang akan membintangi The King’s Man adalah Ralph Fiennes yang kalau korang tak tahu merupakan orang yang melakonkan watak Voldemort dalam siri Harry Potter. Seorang lagi watak utama adalah Harry Dickinson.

Kalau melihat daripada trailer yang dorang tunjukkan, nampaknya watak Ralph merupakan orang yang akan rekrut Harry ke dalam organisasi Kingsman dan orang yang melatih dia seperti yang dilakukan oleh watak Harry Hart kepada Eggsy dalam dua filem sebelum ini.

RELEASE DATE

Filem The King’s Man ini sepatutnya akan ditayangkan pada 8 November 2019 seluruh negara tapi malangnya ia terpaksa ditunda pada 14 February 2020 tahun hadapan. Hal ini mungkin terjadi disebabkan mereka terpaksa fokus kepada produksi filem The Kingsman 3.

Ya kalau korang nak tahu nanti akan ada The Kingsman 3! Kemungkinan besar kita akan dapat melihat prequel The King’s Man dahulu sebelum kita dapat melihat The Kingsman 3. Dan disebabkan itu, tarikh tayangan untuk The King’s Man terpaksa ditunda ke tahun hadapan.

Salah satu lagi sebab adalah kerana Fox kini telah menjadi hak milik Disney. Jadi mereka terpaksa selesaikan semua prosedur acquisition ini dahulu. Bukan sahaja filem The King’s Man sahaja yang akan terjejas tapi semua filem baru yang akan dikeluarkan oleh Fox sebelum ini juga akan terjejas.

KATALAKI: Adakah kita akan dapat melihat watak Harry Hart masa muda?

Last modified: 31 July 2019