The Laughing Plague – Satu Kampung Gelak Tanpa Henti!

Sembang

Charles Dickens, seorang penulis terkenal dari Amerika Syarikat pernah berkata “There is nothing in the world so irresistibly contagious as laughter” dan pada 30 Januari 1962, satu kejadian aneh telah berlaku di Kashasha, Tanzania yang mana kesemua murid di dalam satu kelas mula gelak tanpa henti.

Ketawa yang dianggap biasa ini mula membuatkan guru mereka merasa aneh kerana kanak-kanak ini dilihat seperti sedang dirasuk. Mula dengan satu kelas, ia merebak menjadi 100 orang kanak-kanak dan akhirnya telah membuatkan semua orang di perkampungan tersebut ketawa berterusan. Walaupun nampak seperti kisah yang kelakar, tapi bagi mereka yang terkena Laughing Plague ini, ianya bagaikan neraka bagi mereka.

Walaupun mereka dilihat seperti sedang gembira ketawa, tapi realitinya mereka tidak dapat meneruskan pelajaran dan membuat kerja-kerja lain. Ada diantara orang kampung yang terkena wabak ini pengsan dan dan sesak nafas akibat ketawa tanpa henti. Ada diantara mereka yang menangis dalam ketawa kerana tertekan dengan apa yang berlaku.

Sekolah yang pertama sekali menerima wabak ini terpaksa ditutup kerana murid dan guru-guru mereka tidak dapat fokus untuk meneruskan pelajaran. Hampir 14 sekolah terpaksa ditutup kerana wabak ini. Wabak ini pada mulanya dikenali sebagai Endwara Yokusheka yang bermaksud The Illness of Laughing. Punca utama wabak ini dikatakan disebabkan oleh Hysteria dan kemudiannya menjadi Mass Hysteria.

Tekanan hidup dikatakan menjadi kunci mengapa hysteria ini berlaku. Ada theory menyatakan disebabkan tekanan hidup dan tertekan dengan pelajaran, murid-murid disekolah ini terjadi mula ketawa dengan lawak yang kawan mereka beritahu. Melihat kawan-kawan mereka ketawa, murid-murid yang lain turut ikut ketawa bagi menghilangkan tekanan dan akhirnya mereka tidak dapat berhenti ketawa. Pakar menyatakan ketawa tanpa henti bukan satu-satunya benda yang dilakukan oleh orang yang tertekan.

Ada diantara kita yang secara tidak sedar akan menangis kerana tertekan. Ada juga kes melaporkan orang sangat tertekan akan tidur secara tiba-tiba dan ada juga kes yang mana anggota badan mereka seperti kaki dan tangan akan merasa kebas dan tidak boleh berfungsi seperti biasa dalam jangka pendek. Ini semua bergantung kepada individu yang mengalamai tekanan tersebut. Tak dilupakan ada diantara kita yang akan cuba mencederakan diri sendiri apabila tertekan.

Ini bukan kali pertama mass hysteria begini menyerang manusia dalam jangka masa yang panjang. Pada 1962 juga, terdapat satu kes yang lebih kurang sama telah berlaku di Amerika Syarikat. Pada satu hari seramai 60 orang pekerja di sebuah kilang pakaian secara tiba-tiba muntah, pening yang teramat sangat dan pengsan. Kes ini dipanggil sebagai The June Bug.

Mereka semua telah dibawa di hospital dan mendapat rawatan rapi namun doktor tidak menjumpai apa-apa tanda virus ataupun penyakit pada diri mereka. Ini telah membuatkan doktor yang merawat mereka merasa pelik bagaimana 60 orang pekerja dari kilang yang sama boleh mendapat sakit yang sama namun bila diperiksa, mereka semua tidak mempunyai apa-apa penyakit. Seperti apa yang berlaku di Kashasha, pekerja-pekerja ini dikatakan berada dalam situasi yang sangat tertekan sebelum mereka diserang June Bug.

Image Via: https://says.com

Pada tahun 1979, satu kes yang lebih kurang sama turut berlaku disalah sebuah sekolah di Singapura. Pelajar-pelajar disana yang pada mulanya kelihatan normal mula menangis beramai-ramai. Ada diantara mereka yang mula memakan rumput dan kaca. Ada juga yang seperti dirasuk dan mula melakukan gerakan tai chi secara tiba-tiba.

Robert Bartholomew, seorang pakar sakit jiwa ada menulis satu buku yang menerangkan kenapa mass hysteria ini boleh berlaku. Dia menyatakan kes-kes seperti ini selalu terjadi di sekolah ataupun tempat kerja yang mempunyai peraturan yang sangat ketat. Apabila pesakit disuruh mengikuti peraturan-peraturan yang diberikan, mereka mula merasa gelisah, kecewa dan juga tertekan.

Disebabkan otak mereka tidak dapat menahan tekanan, mereka akan mula ketawa, menangis ataupun muntah dan pengsan seperti mana yang berlaku di Amerika Syarikat. Dia juga menyatakan yang perkara ini bukan satu benda yang boleh dipandang sinis kerana disebabkan tekanan perasaan ini juga, pesakit akan mula berhalusinasi dan akhirnya akan menyebabkan mereka tidak tahu antara reality dan fantasi yang mana akan mengakibatkan mereka menjadi gila.

KATALAKI: tunjuk article ni dekat cikgu or boss korang kalau dorang mula keluarkan peraturan yang tak masuk akal!

Last modified: 28 January 2020