The Order – Bila Ahli Sihir Lawan Werewolf

Sembang

Pada awal bulan March tempoh hari, Netflix ada perkenalkan satu siri baru yang diberi nama The Order. Disebabkan aku tak ada benda nak tengok dekat Netflix, aku try layan siri The Order ini. Awal-awal episode dia aku rasa agak boring sikit sikit dia lebih kurang macam siri Riverdale dan The Chilling Adventures of Sabrina.

But lepas episode tiga dan seterusnya, dia baru rasa best sikit. Storyline dia mula rasa menarik dan plot yang dia masukkan buatkan aku tengok siri ini sampai habis. Ada sepuluh episode untuk season pertama The Order ini.

Bagi korang yang tak tengok lagi The Order ini, ia menceritakan tentang Jack Morton, seorang pelajar baru yang dapat masuk Belgrave University. University ini nampak macam normal pada luaran dia dan macam university lain tapi sebenarnya university ini merupakan tempat lahirnya satu pertubuhan rahsia yang diberi nama The Hermetic Order of the Blue Rose.

The Hermetic Order of the Blue Rose ini merupakan satu group orang-orang elit yang mempunyai pengetahuan tentang ilmu-ilmu magic. Banyak orang-orang terkenal yang join group rahsia ini seperti ahli politik, ketua negara dan artis-artis. Alah lebih kurang Freemason jugalah group dia ni!

Jack tahu tentang kewujudan group ini, malah disebabkan group inilah dia nak sangat masuk university ini sebab dia nak join group rahsia ini. Tapi dia nak join bukan sebab dia nak popular or sebab dia suka dengan group ini. Dia nak masuk group ini sebab dia nak balas dendam dekat ayah dia yang dalam masa yang merupakan ketua bagi group ini. Dia nak balas dendam sebab dia yakin ayah dia penyebab mak dia mati.

Dalam university ini, terdapat satu lagi group rahsia yang boleh dikatakan musuh kepada group Hermetic Order of the Blue Rose ini. Group ini diberi nama Knight of Saint Christopher. Kalau group Hermetic Order of the Blue Rose terdiri daripada golongan elit yang dalam masa yang sama tahu tentang magic, group Knight of Saint Christopher pula berbeza. Dalam group ini dorang semua merupakan werewolf yang diberi kuasa oleh werewolfwerewolf legend zaman-zaman dulu.

Lebih kurang macam itulah plot untuk cerita The Order ini. Aku tak nak cerita banyak sebab nanti takut spoil dekat korang pula. So kalau korang nak try layan siri ini, aku nak share sikit tentang watak-watak dalam siri The Order ini so nanti senang sikit korang nak layan siri ni!

JACK MORTON

Pelajar baru yang diterima masuk untuk belajar di Belgrave University. Merupakan watak utama dalam siri ini. Dia nak sangat join group rahsia Hermetic Order of the Blue Rose sebab nak balas dendam dekat ayah dia yang juga merupakan ketua untuk group ini. Dilakonkan oleh Jake Manley.

ALYSSA DRAKE

Senior student dekat Belgrave University dan juga merupakan ahli dalam group Hermetic Order of the Blue Rose. Jack mula tangkap cintan dengan Alyssa dan bila dia tahu Alyssa juga merupakan ahli group Hermetic Order of the Blue Rose, dia mula rasa serba salah untuk hancurkan group ini. Dilakonkan oleh Sarah Grey.

EDWARD COVENTRY

Ayah kepada Jack Morton dan merupakan ketua untuk group rahsia Hermetic Order of the Blue Rose. Dia tak tahu yang Jack adalah anak dia. Dalam masa yang sama dia cuba untuk kumpulkan satu buku legend yang mana ilmu dalam buku itu mampu berikan dia lebih banyak power dan mampu untuk buat apa saja!

THE HERMETIC ORDER OF THE BLUE ROSE

Satu group rahsia yang telah lama ditubuhkan oleh golongan-golongan elit. Dorang menjadikan Belgrave University sebagai tempat dorang rekrut orang-orang baru yang dorang rasa mempunyai ciri-ciri dan mampu untuk menghasilkan magic.

KNIGHT OF SAINT CHRISTOPHER

Salah satu group rahsia yang ada dekat Belgrave University. Dorang ini sebenarnya merupakan werewolf yang telah diberikan kuasa oleh werewolfwerewolf legends zaman dulu. Dorang ni memang anti dengan group Hermetic Order of the Blue Rose sebab dorang rasa group ini selalu buat masalah dengan golongan manusia biasa.

Cerita The Order ini bagi aku bolehlah nak layan bila korang tak ada cerita lain nak tengok dekat Netflix. Aku tak adalah nak cakap cerita ni tak best or bosan but cerita dia agak slow sedikit dan seakan-akan sama dengan siri Riverdale dan The Chilling Adventures of Sabrina. Cerita dia agak slow pada awal-awal episode but masuk episode 4 dia dah mula menarik sikit. 

KATALAKI: Bila werewolf start muncul dalam The Order ni baru dia rasa best sikit nak layan.

Last modified: 19 March 2019