The Rock Dan Vin Diesel Dah Berbaik?

Sembang

Sebelum ni kami pernah ceritakan mengenai pergaduhan yang berlaku antara The Rock dan Vin Diesel disebabkan filem spin-off Fast & Furious, Hobbs & Shaw. Nampaknya sekarang ni The Rock dan Vin Diesel macam dah berbaik selepas Vin Diesel mengucapkan tahniah kepada The Rock dan Jason Statham untuk kejayaan filem Hobbs & Shaw di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by therock (@therock) on

Sebulan lepas tu, The Rock pula muat naik video di Instagram untuk ucapkan terima kasih kepada penonton filem Hobbs & Shaw dan juga terima kasih kepada Vin Diesel.

Kalau korang follow Instagram Vin Diesel, korang boleh tengok beberapa video yang dikongsikan oleh Vin Diesel semasa pembikinan filem terbaru Fast and Furious iaitu Fast 9 yang dijangka akan ditayangkan pada tahun 2020 nanti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Vin Diesel (@vindiesel) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Vin Diesel (@vindiesel) on

Filem terbaru Fast & Furious 9 yang masih belum ada tajuk rasmi, akan menampilkan watak baru yang dilakonkan oleh John Cena dan Jordana Brewster yang memegang watak Mia Toretto, isteri kepada Brian kembali memeriahkan franchise filem Fast & Furious selepas tidak terlibat dalam filem ke-8 Fast & Furious, The Fate of the Furious yang ditayangkan pada tahun 2017.

 

View this post on Instagram

 

End of another long day… last leg of production. Bittersweet. All love, Always… #Fast92020 #FrancisNgannou #BestFansEver

A post shared by Vin Diesel (@vindiesel) on

KATALAKI: Boleh ke John Cena lawan aura The Rock dalam filem Fast & Furious atau kita terpaksa tunggu The Rock buat comeback dalam filem ke-10 Fast & Furious nanti?

Last modified: 7 October 2019